BolaDaily.com BolaDaily.com
Menu
Search
Adakah Lewandowski Akan Ke Man Utd?

Robert Lewandowski, Borussia Dortmund
Belum pun bahang EURO 2012 berakhir, telah ada nama pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab besar.

Menjadi tumpuan minggu ini ialah penyerang Poland, Robert Lewandowski, yang dikaitkan akan berpindah ke Manchester United.

Penyerang Borussia Dortmund berusia 23 tahun ini menafikan khabar angin tersebut. Dia ingin menumpukan tumpuan sepenuhnya kepada EURO 2012 ini.

Nama Lewandowski melonjak naik dan menjadi trending media sosial, selepas dia menjaringkan gol pertama dan gol pembukaan EURO 2012 semasa perlawanan pembukaan menentang Greece.

Poland dan Greece seri dalam perlawanan itu selepas Greece bangkit di masa kedua, mendapatkan 1 gol, walaupun bermain dengan 10 pemain serta tidak dapat menyempurnakan 1 penalti.

Jika Lewandowski di bawa ke Old Trafford musim depan. Berkemungkinan bakal ada pemain di bahagian serangan yang bakal dijual atau di pinjamkan kepada kelab lain.

Lewandowski juga perlu bersaing merebut tempat kesebelasan utama dengan beberapa pemain United lain seperti Hernandes dan Welbeck. Rooney sudah semestinya akan menjadi pilihan utama Sir Alex Ferguson.

arrow2 Responses

  1. 10 mos, 1 wk ago

    tengok poland ngan greece baru ni…tp x nampak sngat aksi dia…semata-mata sebab score gol pembukaan je belum tentu lagi power untuk man utd. hehe…
    APAN recently posted..8 Stadium EURO 2012 & Jersi Home+Away Pasukan BertandingMy Profile

  2. 10 mos, 1 wk ago

    betul tu, tak lah hebat sangat Lewandowski. rasanya kalau dia bermain dengan MU, dia akan jadi pilihan kedua ferguson

Leave A Comment

CommentLuv badge