Anelka Akan Sertai QPR
Laporan dari Telegraph UK ada menyatakan, bekas bintang Perancis, Nicolas Anelka akan menyertai Queens Park Rangers pada musim perpindahan Januari ini nanti.
Harry Redknapp dilaporkan telah berjumpa dengan pemilik kelab untuk berbincang tentang bajet dan sasaran pembelian pemain Januari ini.
Redknapp mahukan seorang penyerang yang berwibawa. Selain Anelka, penyerang Newcastle, Demba Ba, turut menjadi pilihan Redknapp.
Laporan dari Sina.com menyatakan, Anelka berhasrat meninggalkan kelabnya sekarang Shanghai Shenhua kerana merasakan prestasinya menurun. Dia tidak menolak untuk kembali ke Liga Inggeris.
Disebalik kemenangn pertama QPR dalam kempen liga musim ini. Mereka masih lagi berada dalam zon penyingkiran. Usaha Redknapp untuk membawa kekuatan baru dalam pasukan munkin agak sukar jika dia tidak membawa beberapa nama baru dalam pasukan. Tetapi jika pemain baru di bawa masuk, bermakna kos perbelanjaan kelab juga akan meningkat.
Darren Bent dan Joe Cole yang kurang dapat perhatian dari kelab masing-masing Aston Villa dan Liverpool, turut menjadi perhatian Redknapp.
Banyak yang mahu dilakukan oleh Redknapp, tetapi perbelanjaan yang terhad munkin jadi penghalang.
Semuanya gara-gara perbelanjaan dari pengurus lama, Mark Hughes yang gagal mendapatkan pemain yang terbaik.
Mark Hugehs dilihat hanya membawa masuk pemain berdasarkan rekod lama pemain tersebut. Percaturannya gagal, kerana QPR kalah dalam semua perlawanan di bawah kendaliannya.
December 19, 2012 @ 12:46 am
aku rasa anelka memang dah menurun prestasinya
payah untuk QPR nak naik ni
January 9, 2013 @ 11:18 am
QPR baru dapat 2 kemenangan. kemenangan paling besar ke atas Chelsea