Cesc Fabregas Pujuk Robin van Persie ke Barcelona
Barcelona di laporkan akan menggunakan Cesc Fabregas bagi meyakinkan kapten Arsenal, Robin van Persie untuk mengikut jejaknya ke kelab Catalan itu.
Daily Star Sunday melaporkan, Barcelona bersedia untuk membelanjakan 40 juta euro bagi memikat pengurusan kelab Arsenal dan juga Van Persie sendiri.
Fabregas yang baru sahaja berpindah ke Barcelona awal musim lalu, sudah memenangi 3 trofi. Munkin ianya boleh menjadi daya tarikan kepada Van Persie. Seperti yang umum mengetahui, Arsenal telah lama tidak memenangi sebarang kejuaran.
Barcelona yang mempunyai ramai pemain tengah terbaik dunia, terdesak untuk mencari seorang penyerang dan penjaring terbaik bagi mengukuhkan statusnya sebagai kelab terbaik dunia. David Villa yang dijangka akan kembali penghujung musim ini, selepas patah kaki dalam kejohanan kelab dunia, munkin tidak akan berada pada prestasi terbaiknya seperti sebelum ini.