Chelsea Ikat Marko Marin

Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook8Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

chelsea,marin,marko

Chelsea telah berjaya mendapatkan pemain berbakat Wender Breman, Marko Marin. Persetujuan telah dicapai antara kedua-dua kelab dan pemain tersebut. Diberitakan yuran perpindahan sekitar Euro 8 juta. Perjanjian ini akan dilengkapkan selepas tirai perpindahan di buka nanti.

Pemain berusia 23 tahun itu, menyertai Breman dari Borussia Mönchengladbach pada tahun 2009. Dia mengikt kontrak dengan Breman sehingga 2013.

Marko Marin turut dikenali sebagai ‘German Messi’. Mempunyai kelincahan dan gerakan yang pantas seperti Messi. Corak permainan menariknya ini jarang dapat dilihat di dalam Bundesliga (liga jerman).

Jupp Heynckes yang kini bersama Bayern Munich, pernah menjadi jurulatihnya semasa di Mönchengladbach. Selepas memantau perkembangan Marko Marin dalam skuad simpanan, Heynckes memberikan Marin peluang bermaian bersama skuad senior pada tahun 2007. Semasa itu umur Marin 19 tahun.

Pada tahun 2008, Marin telah dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan Jerman dibawah jurulatih Joachim Low.

  • Tak Tahu Berenang ? Jom Belajar..!
  • Nak Tahu Rahsia Lulus Interview Kerja Kerajaan..?
  • Sesetengah pemerhati berpendapat, perpidahannya ke Chelsea adalah sesuatu yang berisiko. Dia sepatutnya bermain di kelab-kelab yang kurang besar dahulu. Tekanan bermain bersama besar seperti Chelsea di takuti akan menggugat permainannya.

    Di Stamford Bridge, dia perlu melakukan lebih dari apa yang telah dilakukan di Breman. Dia juga perlu memastikan tahap kecergasannya sentiasa berada dalam keadaan baik. Bermain di bahagin tengah, dia perlu merebut tempat dengan beberapa pemain Chelsea yang hebat. Jika dia tidak melakukan yang terbaik, berkemungkinan dia akan hanya memanaskan bangku simpanan.

    Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook8Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

    Comments

    Lazada Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Current ye@r *

    CommentLuv badge