Chicarito ke Madrid, Ramos ke United
Pintu perpindahan pemain akan dibuka semula pada Januari tahun depan. Munkin akan ada perpindahan dan pembelian pemain yang banyak dilakukan oleh kelab-kelab bola sepak dan munkin juga akan ada perpindahan diluar jangkaan.
Khabarnya penyerang muda Manchester United, Javier “Chicarito” Hernandez, akan dipancing oleh Real Madrid. Presiden Madrid, Florentino Perez telah lama memerhatikan pemain antarabangsa Mexico itu, sebelum dia berpindah ke United lagi.
Tetapi Perez sedar hal itu munkin agak mustahil.
Namun baru-baru ini dikhabarkan Boss United, Sir Alex Ferguson berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan kiri Los Blancos, Sergio Ramos.
Ketika ini Chicarito bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Red Devil. Terutamanya selepas kemasukan Robin van Persie. Ferguson kini mempunyai banyak pilihan pemain di bahagian serangan. Selain Van Persie dan Chicarito, United mempunyai Wayne Rooney dah Welbeck di bahagian serangan.
October 19, 2012 @ 12:27 pm
ala… jangan la pindah
aku masih minat dengan mamat ni
October 21, 2012 @ 2:07 am
dia ni dah kurang peluang dalam kesebelasan utama united. sebab itu dia nak keluar. prestasinya pun dah tidak sama macam musim lepas
October 25, 2012 @ 2:28 am
harap united ambil pertahanan yang lebih baik.. apapun kita tunggu keputusan nanti
October 31, 2012 @ 7:06 pm
bahagian pertahanan united dah mantap, ada pemain senior dan pemain muda yang bagus, tapi munkin kurang keserasian lagi
October 25, 2012 @ 10:16 pm
macam mission imposibble je nak dapatkan Ramos ni walaupun kelab besar seperti MU
October 31, 2012 @ 7:13 pm
dia pertahanan kiri terbaik. boleh membuat overlap dan membuat jaringan. tapi kalau ditawarkan pertukaran dengan chicharito, munkin real madrid boleh pertimbangkan