Craig Bellamy Akan Ke Cardiff City

August 9, 2012

in Berita Perpindahan

Boss baru Liverpool, Brendan Rodgers telah mengesahkan Liverpool dan Cardiff City ada mengadakan perbincangan tentang perpindahan Craig Bellamy.

Pemain berusia 33 tahun itu baru sahaja menyelesaikan tugas antarabangsa, mewakili Great Britain dalam sukan olimpik London 2012.

liverpool, cardiff city

Menurut Rodgers, dia telah berbincang dengan Bellamy sebelum ini, dan pemain itu memang ingin menamatkan karier bola sepaknya di Wales, kampung halamannya.

“I had a really good meeting with Craig before I moved up here. He is 33 and has travelled around the country all his life, so there are compassionate reasons. We will look at it but we will wish him all the best and move forward.” Brendan Rodgers

Berita ini satu perkara yang baik buat Cardiff City. Selari dengan transformasi yang dilakukan untuk menjadikan Cardiff City sebuah pasukan hebat. Berkemunkinan Bellamy akan terus dilantik menjadi kapten pasukan The Bluebirds.

Dengan suntikan pelaburan yang besar dari pelabur Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dan Dato Chan Tien Ghee sudah pasti mereka mahukan kejayaan besar dilakukan oleh The Bluebirds. Sasaran mereka ialah untuk naik ke liga perdana inggeris musim depan.

{ 2 comments… read them below or add one }

puteraduyong August 10, 2012 at 9:56 pm

elok juga si bellamy ni bantu Cardiff… ;)
puteraduyong recently posted..BILA SUKI SAMAN GALAXY MUSICMy Profile

Reply

azwan August 11, 2012 at 3:37 pm

tolong bawak naik Cardiff sampai dapat main dalam EPL musim depan
boleh la tengok 3 pasukan dari usahawan Malaysia dalam EPL

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: