Dimitar Berbatov Ke Paris
Penyerang Manchester United dan juga pemain antarabangsa Bulgaria, Dimitar Berbatov, dikhabarkan hampir pasti akan bermain di Paris.
Menurut agennya, Emil Danchev, perbincangan dengan Paris Saint Germain munkin hampir berjaya, kerana Berbatov mahukan sebuah kelab yang bermain di Liga Juara-Juara.
Berbatov hanya bermain untuk 5 perlawanan sahaja musim lalu sebagai kesebelasan utama. Faktor itu menyebabkan dia merasakan khidmatnya di Manchester United sudah sampai di penghujungnya. Sir Alex Ferguson lebih gemar menurunkan gandingan Rooney dan Welbeck di bahagian serangan.
Boss United, Sir Alex Ferguson mahu menjual Berbatov dengan harga £14m supaya ianya dapat menampung pembelian pemain Borussia Dortmund dan juga pemain antarabangsa Poland, Robert Lewandowski.
Berbatov sering dilihat mempamerkan corak permainan yang berbeza dengan beberapa penyerang United. Ramai peminat United tidak menggemari corak permainannya yang perlahan dan sering melengahkan serangan.
Munkin corak permainannya sesuai di League 1, Paris.