Drogba Ke Barcelona?
Presiden Barcelona, Sandro Rosell menafikan khabar angin bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba akan bermain untuk kelab itu musim depan.
Menurutnya itu semua khabar angin yang mengarut. Umum sudah mengetahui Drogba telah menandatangani perjanjian dengan sebuah kelab di China, Shanghai Shenhua.
Shanghai Shenhua kini akan berada dibawah jurulatih baru, Sergio Batista. Beliau ialah bekas pemain skuad Argentina di Piala Dunia 1986, Mexico. Telah mewakili skuad Argentina sebanyak 30 perlawanan dari 1985 hingga 1990.
Pengurus baru Barca, Tito Vilanova, juga turut menafikan khabar angin perpindahan Drogba tersebut. Menurutnya, dia tiada keperluan untuk merombak barisan serangan kelab Catalan tersebut. Bahagian pertahanan yang menjadi fokus utamanya.
Memang Barca tidak mempunyai masalah di bahagian serangan dan tidak perlu untuk mendapatkan Drogba kerana usia pemain tersebut. David Villa dijangka akan pulih sepenuhnya dan bermain semula untuk musim baru ini nanti.
June 28, 2012 @ 11:48 am
dah confirm kan drogba pegi kelab China Shanghai Shenhua. tu kan.
June 28, 2012 @ 3:25 pm
betul, memang dah konfem
June 28, 2012 @ 2:02 pm
erk…bukan dia ikut jejak anelka ke? join kelab china…
June 28, 2012 @ 3:25 pm
betul lah. dia pergi kelab china. ni khabar angin je sebab aritu dia ada datang kat nou camp