Julio Cesar Sertai QPR

August 31, 2012

in Berita Perpindahan

Pengurus Queens Park Rangers (QPR), Mark Hughes menambahkan lagi seorang pemain veteran di dalam pasukannya. Bekas pemain antarabangsa Brazil dan juga Inter Milan, Julio Cesar telah bersetuju untuk menyertai QPR selama 4 tahun.

Perjanjian ini telah menamatkan hubungan 7 tahun Julio Cesar dengan Inter Milan. Banyak juga kejayaan yang telah dikecapi bersama dengan kelab gergasi Itali itu.

queens park rangers

“The ambition of this club was presented to me by the chairman and the coach and I couldn’t have been more impressed. The desire to achieve things at this club is clear for everyone to see and I wanted to be part of that.” Julio Cesar.

Antara pencapaian terbaiknya bersama dengan Inter ialah memenangi 5 kali kejuaraan Serie A Itali dan juga Liga Juara-Juara. Tetapi sejak akhir-akhir ini dia jarang diturunkan.

Keputusanya untuk meninggalkan Inter Milan bermula pada cuti musim panas lalu. Pengurusan kelab mahu dia mengurangkan gajinya. Tiada pemain yang mahu gajinya dikurangkan.

Cesar telah berjumpa dengan Presiden Inter Milan, Massimo Moratti untuk membenarkannya masuk ke padang dalam perlawanan Inter dan Roma untuk membuat lambaian terakhir kepada semua penyokong Inter.

Kehadiran Cesar akan menjadikan persaingan posisi penjaga gol di QPR semakin sengit. Sebelum ini Hughes telah berjaya mendapatkan Robert Green dari West Ham.

{ 4 comments… read them below or add one }

Shahrul September 1, 2012 at 12:45 pm

QPR ni byk rancangan dan begitu ambitious…
Shahrul recently posted..Andres Iniesta, Pemain Terbaik Eropah 2012My Profile

Reply

azwan September 2, 2012 at 10:33 am

sasaran mereka tahun ni sekurang-kurangnya mesti layak main dalam piala europa musim depan

Reply

hatiputera September 2, 2012 at 10:52 pm

pasti mengganas QPR pada musim ini .
hatiputera recently posted..Blogger Pilihan Ogos 2012My Profile

Reply

azwan September 5, 2012 at 4:35 pm

setakat ni belum nampak lagi taring QPR

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: