Disebalik kehangatan bahang EURO 2012, pencarian pemain baru bagi memantapkan lagi pasukan tidak terhenti. Menurut mirror.co.uk, Leighton Baines sedang dalam perhatian Manchester United.
Pertahanan kiri Everton itu kini bersama skuad England di EURO 2012.
Everton dilaporkan memberi nilai Baines sebanyak £15 juta. Tetapi United berharap jumlah itu dapat dikurangkan dengan menawarkan pemain pinjaman sebagai sebahagian dari perjanjian itu.
Bakal kehilangan Baines, Boss Goodison Park, David Moyes menyasarkan Stephen Ward pemain pertahan Wolves sebagai pengganti.
Ward juga kini berada di EURO 2012 bersama skuad kebangsaan Ireland.
Kontrak Moyes bersama Everton masih lagi berbaki 1 tahun. Dengan perbelanjaan yang terhad, penjualan Baines kepada Manchester United dilihat dapat menyuntik sedikit modal untuk mendapatkan pemain baru.
Tetapi Moyes tidak mahu kehilangan pemain-pemain bintangnya bagi mendapatkan beberapa pemain baru.
Ianya satu situasi yang sukar buat Moyes.



{ 0 comments… add one now }