Lukas Podolski Sah ke Arsenal

Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

arsenal
Penyerang antarabangsa Jerman, Lukas Podolski telah disahkan akan menyertai Arsenal musim depan. Jumlah perpindahannya dilaporkan sekitar £11 juta. Bos Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan berita tersebut.

Menurut Wenger, Lukas Podolski merupakan seorang penyerang yang sangat baik, mempunyai penyudah yang tajam, dibuktikan melalui penampilannya bersama dengan skuad kebangsaan Jerman dan di peringkat kelab.

Lukas Podolski memulakan kariernya di Cologne, menyertai kelab itu semula pada tahun 2009 selepas prestasinya kurang memuaskan selama 3 tahun di Bayern Munich. Dia masih lagi mempunyai baki kontrak bersama Cologne selama 1 tahun.

Ketika ditanya mengenai perpindahannya itu, Podolski memberitahu, ianya satu keputusan yang sukar buat dirinya. Bukan lah bermakna dia mempunyai masalah dengan kelab, tetapi ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk dirinya mempertingkatkan mutu permainan. Arsenal juga munkin akan bermain di Liga Juara-Juara musim depan, secara tidak langsung ianya memberikan pendedahan yang lebih bagus buat Podolski.

Perpindahan Lukas Podolski ini juga dilihat oleh pemerhati bola sepak sebagai langkah berjaga-jaga jika Arsenal tidak dapat mengekalkan kapten mereka, Robin van Persie, di Emirates.

Lazada Malaysia

  • Tak Tahu Berenang ? Jom Belajar..!
  • Nak Tahu Rahsia Lulus Interview Kerja Kerajaan..?
  • Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0
    Lazada Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge