Akhirnya bekas pemain Manchester United ini sudah ada kelab untuk dia bermain. Michael Owen telah menandatangani kontrak bersama Stoke City selama 12 bulan dengan tambahan bonus bagi setiap gol yang dijaringkan.
Owen telah menerima kontrak pay-as-you-play dengan beberapa insentif lain bagi memanjangkan hayatnya sebagai pemain bola sepak di Liga Perdana Inggeris.

Gaji yang akan diterima Owen ialah sekitar £25,000 seminggu, termasuk bonus bermain dan penampilan bersama kelab.
Owen berjanji akan menampilkan penampilan dan mutu permainan yang berkualiti jika kerap diturunkan. Musim lalu dia hanya diturunkan 4 kali bersama United. Kali terakhir ialah November tahun lalu ketika United melawan Otelul Galati.
Kontrak yang ditawarkan kepada Owen sama seperti kontrak yang ditawarkan kepada Jonathan Woodgate oleh Stoke musim lalu.
Tony Pulis, pengurus Stoke, telah lama cuba mendapatkan Owen, selepas United melepaskan Owen dan tidak menawarkan kontrak baru kepadanya. Perbincangan diantara mereka telah bermula sejak Jun lagi.
Menurut Owen dia gembira untuk bekerja di bawah Tony Pulis. Owen akan bergandingan semula dengan seorang lagi bekas penyerang England, Peter Crouch.
“We have been in talks for a while and it was a club I was always keen to join. I’m particularly excited at the prospect of working under Tony Pulis” Michael Owen.
Sebelum ini, dalam Malaysia, heboh kononnya ada usaha yang dilakukan oleh sekumpulan usahawan dan juga peminat bola sepak cuba membawa Michael Owen untuk bermain di Malaysia. Mereka juga sanggup untuk membayar gaji Owen RM1juta sebulan.
Munkin usaha mereka gagal.
Owen pernah menyatakan dia hanya akan mempertimbangkan kelab yang berhampiran dengan rumahnya sahaja.
Malaysia dan England terlalu jauh.



{ 2 comments… read them below or add one }
Owen akan kekal sebagai antara pemain yg baik di BPL.
p.s-ingat dapat tgk kelibat owen di Malaysia…hehe
hafizmd recently posted..Terima Kasih Daddydee & Cik Tom
dia tak nak main kat malaysia, jauh dari famili
{ 1 trackback }