Park Ji-sung Sertai Queens Park Rangers
Masa depan bekas pemain Manchester United, Park Ji Sung kini terjawab selepas dia disahkan menyertai Queens Park Rangers. Park mengikat kontrak bersama QPR untuk 2 tahun.
Pemain antarabangsa Korea Selatan berusia 31 tahun itu mempunyai rekod yang sangat baik di Old Trafford. Menang Liga Juara-Juara pada tahun 2008 dan juga 4 kejuaran liga perdana inggeris.
Park adalah seorang pemain utiliti, dia boleh diturunkan di banyak posisi. Ferguson sering meletakkannya di bahagian sayap dan tengah, bergantung kepada perlawanan. Dia mempunyai larian pantas. Bermain di peringkat antarabangsa, dia bermain sebagai penyerang kedua.
Park adalah pemain kedua dari United yang menyertai barisan pemain Mark Hughes, sebelum ini pertahanan muda United, Fabio Da Silva telah dipinjamkan ke QPR bagi mempertingkatkan prestasinya.
Park juga adalah pemain keenam yang dibawa masuk ke Loftus Road, nama besar lain yang telah menyertai QPR ialah penjaga gol England, Robert Green dan pertahanan New Zealand, Ryan Nelsen.
Pengerusi QPR, Dato’ Seri Tony Fernandes telah mengumumkan akan membina stadium baru yang mampu memuatkan 45,000 penonton tidak lama lagi. Ianya sedang dalam perbincangan dan sedikit masa lagi pengumuman rasmi mengenainya akan diumumkan.