
William Gallas dan Jermain Defoe menjadi pemain baru yang diharapkan dapat dibawa masuk oleh Mark Hughes ke Queens Park Rangers. Masa depan kedua-dua pemain dilihat agak samar di White Hart Lane selepas ketibaan pengurus baru Spurs, Andre Villas Boas.
Bekas pertahanan Chelsea dan Arsenal, Willliam Galas dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan West Ham, walaupun kontraknya masih lagi berbaki 1 tahun bersama Tottenham Hotspur. Polisi baru Spurs, mereka mahu mengurangkan jumlah umur pemain dalam pasukan dan bersedia melepaskan pertahanan berusia 34 tahun ini.
Musim lalu juga bukanlah satu musim yang baik buat kedua-dua pemain.
Gallas hanya dapat membuat 15 penampilan dan juga mengalami kecederaan. Manakala Defoe kurang diturunkan dalam kesebelasan utama sejak Harry Redknap menjadi pengurus.
Disebabkan itu juga , Defoe tidak menjadi pilihan utama dalam skuad England 2012. Dia hanya dapat bermain selama 13 minit, bermain sebagai pemain gantian di perlawanan pembukaan England menentang Perancis.
Kontrak Defoe masih lagi berbaki 2 tahun. Tetapi Spurs munkin akan mempertimbangkan tawaran dari mana-mana kelab sekitar £10million untuk mendapatkan pemain itu.
Pengurus QPR, Mark Hughes sudah berjaya membawa masuk penjaga gol, Robert Green dari West Ham dengan percuma tanpa sebarang yuran perpindahan dan juga mendapat pemain pertahanan muda Manchester United, Fabio da Silva secara pinjaman.



{ 0 comments… add one now }