Santi Cazorla Hampir Pasti Sertai Arsenal

August 2, 2012

in Berita Perpindahan

Pemain antarabangsa Sepanyol, Santi Cazorla hampir pasti akan menyertai Arsenal. Dia akan menjalani pemeriksaan kesihatan minggu ini di London.

Cazorla mahu meninggalkan Malaga, kelab yang sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Yuran perpindahan dilaporkan sekitar £17.3 juta dipersetujui oleh kedua-dua kelab.

Ini satu berita yang baik buat penyokong The Gunners, selain memikirkan kemanakah destinasi seterusnya kapten, Robin van Persie bakal bermain.

sepanyol, arsenal

Kehadiran Cazorla ke Emirates bakal mengimbangi jentera serangan Arsenal yang baru Olivier Giroud dan Lukas Podolski. Kemahiran dan kebolehan Cazorla tidak boleh dipertikaikan lagi. Dia adalah sebahagian dari skuad utama Sepanyol.

Cazorla juga telah membantu Malaga untuk berada di dalam 4 pasukan terbaik La Liga.

Bahagian tengah Arsenal musim depan bakal diperkuatkan dengan gandingan pemain Sepanyol. Mikel Arteta yang dibeli oleh Arsenal musim lalu di hari terakhir pintu perpindahan dari Everton, telah mula membuktikan dirinya sebagai key-player dalam pasukan.

“I cannot talk about the actual situation but I can say that I know him as a player really well. And he’s a top, top player. He has got unbelievable quality and talent and that is all I can say.” Mikel Arteta.

Arteta mengalu-alukan kedatangan Cazorla ke Emirates.

Cazorla dan Arteta di bahagian tengah, adakah Arsenal bakal mempamerkan corak permainan ala-Sepanyol musim depan? Bekas kapten The Gunners sebelum ini juga dari Sepanyol, Cesc Fabregas.

Siapa tahu gandingan baru bahagian serangan dan tengah Arsenal, ianya mampu untuk memberikan impak yang baik kepada pasukan. Sekurang-kurangnya ianya dapat mengubat kekecewaan penyokong The Gunners dengan pemergian kapten mereka, Robin van Persie.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: