
Sir Alex Ferguson berjaya membawa Nick Powell, pemain tengah Crewe Alexandra ke Old Trafford dengan satu jumlah yuran perpindahan yang tidak didedahkan.
Crewe Alexandra ialah sebuah kelab yang bermain dalam Liga 1 Bola Sepak Inggeris.
Pemain antarabangsa England di bawah 18 tahun ini telah melepasi ujian kesihatan. Dia telah ditawarkan kontrrak selama 4 tahun.
Menurut Alex Ferguson, pemain itu sudah lama dalam perhatiannya. Dia boleh menjadi aset yang bernilai di masa depan buat Manchester United. Ferguson juga gembira Nick telah memilih United walaupun menerima banyak tawaran dari pelbagai kelab.
Menurut Powell, tawaran yang diberikan oleh United ibarat sebuah mimpi menjadi kenyataan. Selepas mendengar menerima tawaran dari United, Powell tahu hanya kelab itu yang bakal menjadikanya seorang pemain yang hebat.
Ada juga cakap-cakap yang mengatakan Powell tidak munkin dapat bermain dengan pasukan utama buat masa sekarang. Berkemungkinan dia hanya akan dipinjamkan kepada kelab lain.
Ramai pemain muda United yang telah dipinjamkan kepada kelab lain. Hasilnya juga agak memuaskan.
Lihat contoh, Danny Welbeck. Selepas tamat tempoh pinjaman dengan Sunderland, Welbeck telah kembali ke Old Trafford dan sentiasa menjadi pilihan utama digandingkan bersama Rooney.



{ 4 comments… read them below or add one }
banyak juga pemain muda belian ferguson yang tidak berjaya bermain dengan skuad utama walaupun setelah habis tempoh pinjaman dengan pasukan lain.. harap pembelian ini berbaloi
kadang-kadang memang ada beberapa pembelian ferguson tidak berbaloi. contoh pemain muda yang dia tersalah beli ialah Bebe dari Portugal. Ferguson mengakui dia tidak pernah tengok Bebe bermain sebelum membuat pembelian
Pilhan yang mantap oleh Man Utd. Pembelian yang berbaloi kalau menjadi cam wellbeck
daddydee recently posted..Amanah Dalam Perniagaan
kalau menjadi macam wellbeck memang bagus lah