Sir Alex Ferguson Mahukan Gylfi Sigurdsson

Share Button

manchester united, TSG Hoffenheim
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah menghantar orang kanannya, Mike Phelan dan ketua pencari bakat United, Martin Ferguson menyaksikan perlawanan antara Swansea dan Bolton, untuk menilai pemain muda Swansea, Gylfi Sigurdsson.

Gylfi Sigurdsson adalah pemain yang dipinjamkan ke Swansea City dari kelab asalnya di Jerman TSG Hoffenheim.

Nilai Gylfi Sigurdsson ialah sekitar £10 juta, Ferguson sedia mempertimbangkan tawaran harga itu. Manchester United kini kekurangan pemain tengah yang kreatif dan berbakat, munkin ini adalah pilihan yang terbaik dan lebih murah berbanding mendapatkan Luka Modric atau Wesley Sneijder.

Swansea juga dilaporkan berminat untuk mengikat Sigurdsson secara tetap. Tetapi tawaran dari United munkin lebih menarik minat pemain itu. Sehingga kini, Sigurdsson telah menjaringkan 7 gol dalam 14 penampilan bersama Swansea.

Gylfi Sigurdsson akan beraksi di hadapan Ferguson sendiri hujung minggu depan apabila Swansea berkunjung ke Old Trafford.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge