Van der Vaart Simpati Kepada Modric
Rafael van der Vaart rakan sepasukan Luka Modric di Tottenham Hotspur, melahirkan rasa simpati dengan apa yang sedang di lalui oleh Modric.
Dia dapat merasai apa yang dilalui oleh Modric sekarang, berkaitan perpindahan ke Real Madrid.
Gergasi La Liga itu mahu mendapatkan Modric, tetapi nilai yang diminta oleh Spurs terlalu tinggi. Pada masa yang sama, Modric memang ingin meninggalkan White Hart Lane.
Van der Vaart adalah bekas pemain Real Madrid. Dia dibeli dari Hamburg pada tahun 2008. Dia juga pernah mengalami perasaan seperti yang sedang dilalui Modric. Bila mana sebuah kelab besar ingin mendaptkan khidmat mereka sebagai pemain, ianya seperti sebuah mimpi menjadi kenyataan bagi setiap pemain.
“You can’t compare Real Madrid with other teams because they are the biggest team in the world. It was really an honour that I played there and I’m still really thankful. I think every player wants to play there” Van der Vaart
Luka Modric telah didenda oleh pengurusan kelab kerana tidak hadir latihan dan juga tidak mengikuti jelajah pra-musim Spurs di Amerika.
Menurut satu laporan, Spurs mahukan nilai yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan Modric ialah sekitar £40 juta.