325 Juta Penyokong Manchester United Di Asia

Dalam satu kajian terbesar terhadap peminat bola sepak di seluruh dunia, Manchester United telah dinamakan sebagai kelab yang paling popular dengan 659 juta pengikut di seluruh dunia. 325 juta penyokong dan peminat dari benua Asia.
Kajian itu telah dijalankan oleh sebuah agensi kajian pasaran, Kantar, dengan melibatkan 54,000 koresponden dari 39 negara. Dalam kajian tersebut juga, bola sepak telah menjadi sukan paling diminati di seluruh dunia dengan 1.6 billion pengikut dan peminat di seluruh dunia.
Forbes juga sebelum ini telah menamakan Manchester United yang juga juara liga 19 kali, sebagai jenama paling bernilai dalam dunia sukan.
Pengarah Komersial Manchester United, Richard Arnold memaklumkan, dengan starategi jangka panjang serta beberapa kerjasama dengan rakan niaga global telah menjadikan kelab itu popular di seluruh dunia.
Tambahnya lagi, Manchester United telah mencipta beberapa ikon dan nama-nama besar dalam dunia bola sepak seperti David Beckham, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney Matt Busby, George Best dan Eric Cantona.
Beberapa pencapaian yang mengagumkan serta beberapa perlawanan yang menjadi sejarah antaranya ialah Benfica ’68 dan juga kemenangan keatas Bayern Muninch dalam final liga eropah, 2 gol dalam masa tambahan selepas ketinggalan 1-0 telah menjadi buah mulut ramai pemerhati bola sepak seluruh dunia.
Kesemua itu membantu menonjolkan nama Manchester United diingati di seluruh dunia.
Jumlah peminat dan penyokong Manchester United di seluruh dunia berdasarkan kajian Kantar ialah, 71 juta di benua Amerika, 90 juta di Eropah, 173 juta di Afrika dan Timur Tengah dan 325 juta di Asia.
Berdasarkan kajian tersebut, dapat dilihat dan difahamilah mengapa Manchester United benar-benar ingin membawa masuk Shinji Kagawa ke Old Trafford. Ikon asia mereka sebelum ini Park Ji Sung sudah berada dalam fasa untuk bersara dan akan meninggalkan United.
Adakah anda salah seorang dari 325juta peyokong dan peminat Manchester United di Asia, jika ya, sila klik ‘Like’ artikel ini sebagai tanda sokongan.
//Sumber : manutd.com
June 2, 2012 @ 1:03 pm
aku termasuk dalam senarai ni
hehe
agak2 bila pemain malaysia boleh bermain bersama MU
June 4, 2012 @ 3:39 pm
bila malaysia dah setanding jepun dan korea, baru lah ada anak malaysia bermain dengan MU
June 5, 2012 @ 8:01 am
Heh ramai tu,
dengan syarat kena kekalkan prestasi la..
Kadang teringat juga kat player2 MU yang lama dulu.
Tahu pun sebab tengok cerita Air Crash Investigation.
Kapal terbang yang bawa player MU terhempas. Kalau tak silap 8 orang terkorban..
June 6, 2012 @ 12:07 pm
Ramai pemain hebat MU pada zaman itu yang mati.
Seluruh dunia berkabung atas kematian pemain-pemain yang bergelar “busby babes” itu