5 Sebab Man City Tidak Perlukan Van Persie

July 12, 2012

in Bola Inggeris

Dunia bola sudah mengetahui yang kapten Arsenal, Robin van Persie tidak menyambung kontraknya bersama kelab tersebut. Itu sudah pasti. Tapi yang belum pasti ialah kemana Van Persie akan bermain selepas ini.

Ada laporan berita yang mengatakan, Manchester City bakal menjadi destinasi seterusnya buat pemain antarabangsa Belanda itu. Dengan kekuatan sumber kewangan yang tidak terhad, hanya nyatakan nilainya, City boleh mendapatkan Van Persie.

Juventus juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain itu. Tetapi jika Arsenal meletakkan nilai yang tinggi untuk kapten mereka, Juventus boleh melupakannya.

van persie, arsenal, manchester city

Di sini ada beberapa sebab, kenapa Manchester City tidak perlu membawa Robin van Persie ke Eastlands.

1. Terlalu mahal
Manchester City perlu mengeluarkan belanja yang besar, walaupun munkin bukan satu masalah, untuk membayar Van Persie. Van Persie meletakkan nilai yang mahu diterima ialah sama seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, dengan gaji sekitar £275,000 seminggu.

Penerima gaji tertinggi di Manchester City kini ialah penyerang mereka, Carloz Tevez.

2. Faktor umur.
Pada 6 Ogos nanti, Van Persie akan menyambut hari lahirnya ke-29. Bagi pemain bola sepak moden, umur Van Persie menunjukkan dia sudah berada di puncak prestasi.

Musim lalu dia bermain dengan baik sehingga memenangi anugerah kasut emas. Adakah musim baru yang akan datang, dia juga akan bermain seperti sebelum ini? Van Persie juga munkin hanya akan sempat bermain 1 atau 2 musim sahaja lagi.

Jelas sekali ianya bukan satu pelaburan yang baik. Polisi Arsene Wenger sendiri tidak akan menyambung kontrak mana-mana pemain Arsenal yang sudah mencapai umur 30 tahun.

3. Bina pasukan untuk masa depan.
Manchester City perlu fokus membina pasukan yang baik untuk masa depan. Terus menjadi pesaing yang hebat dalam liga perdana Inggeris.

Pembelian Robin van Persie hanya akan menjadi satu kaedah penyelesaian sementara, kerana faktor umur. Pemain muda dari akademi atau pasukan simpanan perlu di bawa masuk untuk pendedahan mereka.

Dengan rekod jaringan yang baik bersama Arsenal, ramai yang akan mengharapkan dia melakukan perkara yang sama di Manchester City, terus menjaringkan gol. Tetapi itu tidak akan menjadikan City pasukan yang meningkat pada masa depan.

4. Gandingan Aguero dan Balotelli
Duo penyerang ini yang perlu diberikan tumpuan oleh Roberto Mancini musim depan. Merekalah yang bakal membawa Manchester City ke era yang lebih gemilang.

Sergio Aguero telah menyamai rekod penjaring terbanyak (pemain luar) oleh Fernando Torres musim lepas. Balotelli pula menunjukkan kematangan dalam permainan seperti yang ditunjukkan ketika Euro 2012 bersama Itali. Carloz Tevez pula sudah kembali mendapat kepercayaan Mancini.

Melihat barisan serangan ini, nampak seperti tidak perlu untuk Mancini menambah lagi pemain di barisan serangan. Munkin perlu untuk Mancini membawa masuk beberapa pemain dari akademi mereka atau pasukan simpanan.

5. Tiada tempat untuk Van Persie.
Melihat kepada barisan serangan tadi, seperti tiada tempat untuk Van Persie. Van Persie masih boleh bermain di posisi penyerang kedua atau dibelakang penyerang utama.

Tetapi City sudah cukup pemain di bahagian itu. David Silva dan Samir Nasri adalah pemain yang sering digunakan Mancini untuk berada di belakang penyerang utama. Sudah tentu Silva dan Nasri tidak akan melepaskan posisi mereka dengan mudah.

Van Persie masih lagi boleh digunakan dengan tektik penggiliran pemain. Ini bermakna Van Persie bukan lagi sebagai pemain utama. Adakah Mancini sanggup menjadikan pemain termahal mereka sebagai pemain gantian sahaja dan adakah Van Persie boleh menerima keadaan yang dia bukan lagi kesebelasan utama pasukan?

Kesemua diatas adalah pandangan kami. Anda boleh lontarkan idea dan pendapat di ruangan komen di bawah. Adakah berbaloi membawa masuk Robin Van Persie?

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: