AC Milan Dan Inter Milan Mahukan Balotelli

April 15, 2012

in Bola Inggeris

manchester city

Dua kelab bola sepak gergasi Itali berkemungkinan mahu membawa Mario Balotelli ke Itali semula. Kedua-dua kelab itu bersedia untuk membida penyerang yang penuh dengan kontrovesi itu dengan harga 20juta euro.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini, dilaporkan telah berjumpa dengan peguam Balotelli untuk membincangkan masa depan pemain tersebut. Dengan ramai pemain City yang merasa kurang senang dengan tindakan Mancini, terlalu memikirkan masalah penyerang itu, tindakan menjual Balotelli seperti tidak dapat dielakkan. Perhatian dan tumpuan yang diberikan Mancini kepada pemain tersebut, sedikit sebanyak mengganggu perancangan pasukan.

Dalam pada masa yang sama, masa depan Mancini di kelab tersebut masih lagi samar. Ada kebimbangan dan keraguan dari pengurusan kelab bagaimana pasukan ini hendak mengejar mata yang tertinggal bagi memburu kejuaraan pertama kelab. Manchester City pernah menerajui liga untuk satu tempoh masa yang agak lama. Kini di tangga kedua di belakang Manchester United.

Mancini sedar, kemenangan ke atas United pada pertemuan 30 April nanti sekurang-kurangnya dapat meyakinkan pengurusan kelab untuk terus mengekalkannya.

Jika United menang di Etihad nanti, ianya akan menjadi sesuatu yang munkin tidak dapat dilupakan oleh semua penyokong City. Kemenangan keatas City itu juga nanti munkin bakal menjadi penentu kejuaran keseluruhan musim ini. Ianya akan menjadi kejuaran ke-20 buat United.

{ 2 comments… read them below or add one }

zool April 15, 2012 at 4:26 pm

Memang patut lah City lepaskan Balloteli tu..
dah melampau2 sangat
zool recently posted..Pembetulan sejarah JasinMy Profile

Reply

Admin April 17, 2012 at 10:05 am

dia tu macam bukan main bola. macam nak bergaduh dan cari pasal je

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: