Adik Eden Hazard Sertai Chelsea Juga
Chelsea telah berjaya mendapatkan Eden Hazard dengan jumlah perpindahan dilaporkan sekitar £32 juta. Kelab itu juga dilaporkan cuba membawa sekali adik Eden Hazard ke Stamford Bridge.
Thorgan Hazard dilaporkan akan menyertai abangnya ke Chelsea dengan satu jumlah yuran perpindahan yang dirahsiakan.
Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay berkata mereka telah membelanjakan sekitar £60 juta dalam musim perpindahan kali ini.
Penyadang juara Liga Juara-Juara 2012 itu telah membawa masuk Eden Hazard, Marko Marin dan Oscar dengan jumlah yang dikeluarkan sekitar £32 juta.
Perbelajaan mereka dilihat tidak akan berhenti disitu sahaja. Roberto Di Matteo masih cuba mencari pemain yang mampu membawa mereka kembali mencabar kejuaran Liga Perdana Inggeris Musim depan.
“We are still looking to strengthen in one or two areas. If the right players become available things could develop over the next couple of weeks.” Ron Gourlay.
Dengan sumber kewangan yang tidak terhad. Pembelian pemain baru bukan menjadi masalah kepada mereka.
Thorgan Hazard hanya bermain 11 kali bersama kelab Lens dalam Ligue 2 France. Dia juga pernah mewakili Belgium bawah 16, 17, 18 dan 19 tahun.
Thorgan akan menyertai latihan pra-musim skuad bawah 21 tahun Chelsea di bawah pengurus Dermot Drummy. Dia munkin sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama. Meminjamkannya kepada kelab lain adalah jalan terbaik untuk Thorgan meningkatkan mutu permainannya.