Akhirnya Mark Hughes Di Pecat
Akhirnya jodoh diantara Mark Hughes dan Queens Park Rangers telah sampai ke titik nokhtahnya.
Menurut kenyataan rasmi dari QPR melalui laman web pada 23 Nov 2012, kontrak Mark Hughes telah ditamatkan dengan serta merta.
“This decision has been taken after careful consideration by the Board of Directors, following numerous meetings over the last few days..” – qpr.co.uk
Pemecatan Mark Hughes berlaku kurang dari 24jam sebelum mereka ke Old Trafford. Terdapat khbar angin yang mengatakan bekas pengurus Spurs, Harry Redknapp telah ditawarkan untuk menjadi pengurus baru QPR.
Kunjungan QPR ke Old Trafford nanti akan diketuai oleh Mark Bowen dan Eddie Niedzwiecki buat sementara waktu. Mereka sebelum ini adalah pembantu kepada Hughes.
Pengerusi kelab, Tan Sri Tony Fernandes yang sebelum ini sentiasa menyokong Hughes, nampaknya sudah tidak mampu lagi untuk bersabar.
Banyak belanja yang telah dikeluarkan musim ini. Hughes telah membawa masuk 12 pemain baru. Tetapi malangnya selepas 12 perlawanan, QPR tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan, hanya 4 seri dan 8 kekalahan.
Dari sudut perniagaan, Tony Fernandes mesti tidak mahu melihat pelaburannya tidak membawa sebarang keuntungan. Oleh itu, perubahan segera perlu dilakukan.
Tan Sri Tony dan seluruh pengurusan kelab tidak mahu QPR jatuh ke Liga Kejuaraan (Championship) dan terkeluar dari Liga Perdana. Kontrak besar dengan beberapa pemain utama pastinya akan menjejaskan kewangan kelab jika mereka terkeluar dari Liga Perdana.
Jika mereka bermain di Liga Kejuaran pastinya pendapatan kelab akan berkurangan, kurang dari segi penajaan dan bayaran dari hak penyiaran perlawanan.
Semoga dengan kedatangan, Redknapp – jika benar – ianya dapat membawa perubahan kepada QPR. Ramai penyokong The R’s di Malaysia ini yang mahukan kelab itu menjadi sebuah kelab yang lebih kompetetif.