Alex Ferguson Perlukan Bantuan Mark Hughes

Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

Sir Alex Ferguson
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson munkin memerlukan sentuhan ajaib dan sedikit bantuan dari bekas pemain Manchester United sendiri, Mark Hughes untuk memastikan kejuaraan liga milik mereka.

Mark Hughes, bekas pemain Manchester United tahun 1980 hingga 1986, kini membimbing Queens Park Rangers, akan bertemu Manchester City dalam perlawanan akhir liga. Jika Manchester City menang dalam perlawanan tersebut, mereka bakal menjadi juara liga buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun.

Mark Hughes juga mempunyai misi peribadi untuk dicapai ketika menentang Manchester City nanti. Menurut Ferguson, Mark tahu apa yang perlu dibuat. Dia telah dipecat oleh Manchester City dengan tidak beretika, dia pasti mengingatinya. Queens Park Rangers juga perlu menang dalam perlawanan itu nanti kerana ianya dapat mengelakkan mereka dari zon penyingkiran.

Ferguson menambah lagi, sudah semestinya Manchester City akan menjadi pilihan dalam perlawanan tersebut. Tapi dengan keazaman dan keyakinan yang kuat dalam pasukan, tidak mustahil untuk Queens Park Rangers menang.

Manchester United juga telah memenangi 3 kali kejuaran liga, ditentukan pada hari terakhir perlawanan, dan Ferguson rasa tidak mustahil untuk mereka melakukan dan meraikannya sekali lagi. Jika ianya berlaku sekali lagi musim ini, ianya bakal menjadi sambutan kejuaraan yang paling diingati.

Lazada Malaysia

Jika Manchester City dan Manchester United menang dalam perlawanan terakhir mereka. Kejuaraan bakal ditentukan melalui jumlah jaringan. Manchester City mendahului jumlah jaringan dengan perbezaan 8 gol.

  • Tak Tahu Berenang ? Jom Belajar..!
  • Nak Tahu Rahsia Lulus Interview Kerja Kerajaan..?
  • Manchester United perlu menang dan anak buah Alex Ferguson perlu menjaringka sekurang-kurangnya 8 gol untuk memastikan kejuaraan liga milik mereka.

    Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0
    Lazada Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge