Bacary Sagna Patah Kaki

Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

Bacary Sagna

Pemain pertahanan Arsenal, Bacary Sagna berang dan menuduh pemain tengah Norwich, Bradley Johnson sengaja melakukan kekasaran ke atasnya. Sagna yang juga pemain antarabangsa Perancis patah tulang kaki selepas dikasari oleh Johnson.

Bacary Sagna juga akan terlepas untuk bermain di Euro 2012. Perlawanan pembukaan pada 11 Jun, Perancis akan menentang England.

Ini adalah kecederaan kedua selepas Sagna mengalami kecederaan pertama pada awal musim ketika menentang Tottenham. Menurut Sagna, Johnson telah memijak di tempat kecederaan yang lama. Ini telah menyebabkan keretakan pada kecederaan yang lama.

Pengurus Norwich, Paul Lambert dilaporkan berang dengan kenyataan Sagna itu. Menurutnya tiada sebab untuk Johnson melakukannya dengan sengaja.

Lazada Malaysia

Dalam perlawanan tersebut, Norwich dan Arsenal seri 3-3. Satu permainan yang sangat menakjubkan di lakukan oleh Norwich untuk mengikat Arsenal. Ini seterusnya menyukarkan lagi peluang untuk Arsenal bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan.

  • Tak Tahu Berenang ? Jom Belajar..!
  • Nak Tahu Rahsia Lulus Interview Kerja Kerajaan..?
  • Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0
    Lazada Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge