Bandar Manchester Bertukar Biru

May 15, 2012

in Bola Inggeris

Manchester City 1
Manchester berwarna biru. Satu sambutan dan perarakan piala kemenangan juara liga yang baru telah diadakan pada Isnin lalu di bandar Manchester. Ianya sambutan bagi meraikan kejuaraan liga pertama bagi kelab Manchester City selepas 44 tahun.

Beberapa jalan utama di bandar Manchester telah ditutup untuk memberi laluan kepada bas yang membawa kesemua pemain dan pegawai kelab Manchester City meraikan sambutan kemenangan liga pertama mereka itu.

Manchester City 2

Setelah sekian lama, penyokong Manchester City hanya memerhatikan sambutan kejuaran liga oleh jiran mereka, bandar Manchester menjadi merah. Tapi kali ini, Manchester telah bertukar ke warna biru. Penyokong Manchester United terpaksa melihat sambutan itu dari jauh.

manchester city 3

Perubahan besar yang dilakukan oleh pemilik Manchester City dari Abu Dhabi, Khaldoon Al Mubarak telah membawa satu evolusi baru kepada kelab itu. Mereka cuba keluar dari bayang-bayang jiran mereka. Tetapi perubahan itu tidak datang dengan jumlah pelaburan yang kecil. ‘Duit arab’ yang dibawa masuk ke dalam kelab itu akan digunakan untuk membawa beberapa piala lagi ke Etihad di masa depan.

{ 2 comments… read them below or add one }

Saiful May 15, 2012 at 8:18 pm

Syabas dan tahniah kepada team Man City..
Perlawanan Man City vs QPR memang diakui paling mendebarkan dalam sejarah EPL…

Reply

Admin May 17, 2012 at 11:37 pm

perlawanan tersebut telah dicalonkan sebagai perlawanan paling diingati sepanjang 20 musim EPL

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: