Benitez Ganti Di Matteo
Walaupun Di Matteo berjaya membawa Chelsea menjuarai kempen Liga Juara-Juara buat pertama kalinya musim lalu, rekod itu masih tidak mampu untuk mengekalkannya terus berada di Stamford Bridge.
Melalui kenyataan laman web Chelsea, pemilik kelab dan pengurusan kelab perlu melakukan perubahan segera supaya Chelsea tidak lari dari landasan untuk menjadi sebuah kelab yang kompetetif.
“The team’s recent performances and results have not been good enough and the owner and the Board felt that a change was necessary now to keep the club moving in the right direction…. ” – chelseafc.com
Kekalahan kepada Juventus 0-3 dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini mencipta sejarah baru juga buat Chelsea, juara bertahan pertama yang akan gagal mara ke pusingan kalah mati.
Chelsea memang terkenal dengan kekerapanya memecat pengurus.
Situasi inilah yang membimbangkan ramai pengurus untuk berada di Stamford Bridge.
Di Matteo sendiri dahulu pernah menolak untuk menjadi pengurus pasukan utama kelab itu. Dia lebih selesa menjadi pembantu pengurus seperti yang dilakukannya semasa menjadi pembantu kepada André Villas-Boas.
Pengganti Di Matteo telah diumumkan.
Melalui laman web rasmi Chelsea, Rafael Benitez telah diumumkan sebagai pengurus baru pasukan utama kelab sehingga ke penghujung musim ini.
” The owner and the Board believe that in Benitez we have a manager with significant experience at the highest level of football, who can come in and immediately help deliver our objectives..” – chelseafc.com
Munkinkah Chelsea akan menjadi sebuah kelab yang lebih kompetetif di bawah pengurus yang baru?
Menurut bekas pemain Liverpool, Dietmar Hamann, dia percaya Benitez akan membawa pembaharuan dalam corak permainan Chelsea
Sejak dipecat sebagai pengurus dari Inter Milan pada Disember 2010, Benitez tidak menguruskan mana-mana kelab. Munkin inilah masanya untuk dia kembali membuktikan kewibawaanya dalam Liga Inggeris, seperti mana yang pernah dilakukanya bersama Liverpool.
Bila pintu perpindahan pemain akan dibuka Januari nanti, munkinkah akan ada beberapa pemain Liverpool yang akan dibawa masuk Benitez ke Chelsea?