Berapa Gol Van Persie Akan Jaringkan Musim Ini?
Soalan buat penyokong Mancester United, berapakah jumlah jaringan Robin Van Persie akan lakukan musim ini?
Musim lalu dia berjaya menjaringkan 38 gol dalam 48 kali penampilan bersama Arsenal.
Berita perpindahan pemenang kasut emas musim lalu ini, dari Arsenal ke Manchester United adalah sesuatu yang sanagat mengejutkan. Tapi ramai yang faham kenapa ianya dilakukan oleh Van Pesie.
Van Persie sendiri pernah mengeluarkan kenyataan, tiada gunanya dia menjadi pemain terbaik dunia tapi tidak pernah menang sebarang kejuaran liga. Dia telah memilih Old Trafford sebagai destinasi seterusnya untuk dia bermain selepas meninggalkan Stadium Emirates.
Bila Arsenal terpaksa melepaskan Van Persie kepada musuh tradisinya, ini bermakna Manhcester United memiliki 2 orang penyerang terbaik dunia. Ditambah pula dengan pemain tengah menyerang Shinji Kagawa serta pemain sayap terbaik, unit serangan United mampu untuk menimbulkan rasa takut kepada bahagian pertahanan lawan.
Sehingga kini, Van Persie berjaya menjaringkan 5 gol dalam 6 penampilanya bersama Manchester United – jumlah yang hampir sama seperti musim lalu ketika dia bersama Arsenal.
Ada dua perkara yang munkin menjadi penghalang kepada Van Persie untuk menjadi penjaring terbanyak musim ini.
Pertama, dia berjaya menjaringkan gol ketika ini kerana Wayne Rooney cedera. Ini bermaksud, jika Rooney telah kembali cergas dan diturunkan sebagai gandingannya, ruang untuk Van Persie menjaringkan gol adalah terhad.
Perkara kedua yang munkin menjadi penghalang kepadanya, ialah kecederaan. Jika dia mampu elak dari sebarang kecederaan, dia masih boleh menjaringkan gol.
Jika kita tolak 2 perkara itu. Van Persie mampu untuk menjadi penjaring terbanyak. Ini kerana, barisan pemain Man Utd musim ini adalah lebih baik berbanding musim lalu, dan juga lebih baik dari barisan Arsenal musim lalu.
Wayne Rooney, Shinji Kagawa, Ashley Young, Antonio Valencia, Paul Scholes, Michael Carrick dan beberapa pemain lain mampu membantu Van Persie untuk menjaringkan gol dengan gerakan dan hantaran-hantaran baik.
Kita tidak juga boleh menafikan Arsenal juga mempunyai barisan pemain tengah yang baik musim lalu, mencipta peluang dan gerakan yang menarik, cuma kekurangan kepada pemain Arsenal ialah keyakinan untuk menjaringkan gol, terlampau bergantung kepada Van Persie.
Persoalanya, berapakah jumlah jaringan Robin van Persie musim ini?
October 6, 2012 @ 9:56 pm
apa yang aku boleh agak
van persie akan dapat lebih banyak gol berbanding rooney
October 14, 2012 @ 10:29 pm
rooney sekarang banyak mencipta peluang berbanding menjaringkan gol
October 12, 2012 @ 3:51 am
Rooney dah dapat penyakit “injured” dan akan memainkan peranan untuk Persie. Namun style Rooney dan Persie memang jauh berbeza, masing2 boleh cari peluang. MU memang nampak lebih teguh dan bersedia.. namun seperti biasa, adakah “penyakit” MU ini akan berulang seperti yang lalu2…
October 14, 2012 @ 10:29 pm
MU mantap dalam liga. tapi bila bersaing di peringkat eropah nampak goyang gak
October 17, 2012 @ 4:53 pm
Harap musin ni Man Utd dalam merampas kembali takhta liga perdana inggeris dengan adanya penyerang berbisa macam RVP ni.
October 17, 2012 @ 6:19 pm
berapa agaknya jumlah jaringan musim ni?