Cardiff City Kini Merah
Kelab bola sepak yang sering dikaitkan dengan Malaysia, Cardiff City, telah menukar warna rasmi kelab itu dari biru kepada merah. 3 jenis warna baju telah menjadi pilihan pengurusan kelab, jersi utama berwarna merah, jersi kedua warna biru dan jersi ketiga berwarna hitam.
Perubahan turut berlaku kepada logo dan maskot kelab. Logo kelab telah ditukar dengan meletakkan naga sebagai maskot utama kelab. Naga ialah simbol dan maskot kepada bandar Wales.
Pemilik kelab itu Tan Sri Vincent Tan dan pengerusi bersama Datuk Chan Tien Ghee, mempertahankan perubahan itu walaupun pada awalnya mendapat tentangan ramai peminat dan penyokong Cardiff.
Pengurus Cardiff, Malky Mackay berkata, perubahan itu adalah sebahagian dari perjanjian yang telah dicapai diantara pengurusan kelab dan pelabur. Pelabur dari Malaysia bersedia menyuntik masuk modal dengan beberapa perubahan bakal dilakukan kepada kelab.
Ianya bukan sahaja perubahan kepada jersi pasukan. Suntikan modal itu juga akan digunakan untuk menambah baik stadium dan pusat latihan Cardiff City.
Pemain Harimau Malaya, Safiq Rahim dan Safee Sali pernah menjalani latihan di Cardiff City.
Pelaburan dari Malaysia itu dilihat dapat melupuskan beberapa hutang yang wujud semasa Cardiff City dibawah pengurusan Langston Corporation.
Penukaran warna rasmi kelab dan logo dilihat sebagai satu usaha untuk membawa jenama Cardiff City ke peringkat yang lebih tinggi. Penjemaan semula ini diharapkan dapat meningkat nama Cardiff City dan juga jualan jersi serta beberapa barangan cenderahati kelab tersebut.
Banyak pasukan hebat di seluruh dunia ini menggunakan merah sebagai warna rasmi mereka.
Semoga perubahan ini membawa tuah kepada Cardiff City untuk musim 2012/13 selepas 2 kali tersingkir disaat akhir untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.
June 9, 2012 @ 5:35 pm
Ikut Feng Shui supaya berjaya.
June 9, 2012 @ 10:16 pm
Orang cina memang banyak kepercayaan mereka. tuah warna merah
June 9, 2012 @ 6:48 pm
Cool.. pemilik Malaysia tu
June 9, 2012 @ 11:30 pm
Cardiff bawak nama Malaysia ke seluruh dunia bola sepak
June 10, 2012 @ 12:13 pm
haha..mestilah harus merah. baru ada ong.
June 13, 2012 @ 10:16 am
warna merah dah serasi dengan kaum cina
Kelab Bola Sepak Berasaskan Komuniti Dan Milikan Penyokong
January 7, 2017 @ 11:59 am
[…] Baca : TS Vincent Tan Mengubah Warna Rasmi Dan Maskot Cardiff City […]