Ched Evans Di Hukum Penjara 5 Tahun
Penyerang Sheffield United dan juga pemain antarabangsa Wales, Ched Evans, telah disabitkan kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.
Turut di tuduh melakukan kesalahan yang sama ialah pemain pertahanan Port Vale, Clayton McDonald. Tetapi mahkamah memutuskan dia tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan tersebut.
Semasa hari kejadian mereka telah keluar untuk bersosial bersama rakan-rakan mereka. Semasa hendak pulang, mereka telah terjumpa dengan mangsa dalam keadaan mabuk yang sangat teruk dan membawanya pulang ke hotel.
Evans memulakan karier sebagai pemain bola sepak di akademi Manchester City. Dia membuat penampilan sulung dalam pasukan utama semasa perlawanan Carling Cup menentang Norwich pada September 2007.
Norwich meminjam Evans untuk musim 2007/2008 dan dia telah berjaya menjaringkan 10 gol. Permainannya yang meningkat, telah memberi peluang kepadanya untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan Wales pada Mei 2008 dibawah pengurus John Toshack. Itu adalah penampilan pertamanya di peringkat antarabangsa dan berjaya menjaringkan 1 gol semasa perlawanan persahabatan dengan Iceland.
Pada musim berikutnya dia kembali bersama Manchester City dan kerap menjadi pemain simpanan. Selepas itu dia telah dijual ke Sheffield United pada musim 2009.