Chicharito Ke Arsenal?

Lagenda Arsenal, Ian Wright mahukan Arsenal mendapatkan pemain hebat yang kurang mendapat tempat di Manchester United dan juga pemain antarabangsa Mexico, Javier “Chicharito” Hernandez.
Saranan itu dibuat selepas Wright merasakan yang Arsenal kini terlampau bergantung kepada penyerang antarabangsa Perancis Oliver Giroud untuk mendapatkan jaringan.
“Arsenal, go and buy Hernandez from United and put him out of his misery. He will score the goals!”
– Ian Wright
Seperti yang ramai tahu, Hernandez jarang diberikan peluang dalam kesebelasan utama United. Semasa era Moyes, dia adalah pilihan keempat di belakang Wayne Rooney, Robin van Persie dan Danny Welbeck.
Di United, Hernandez disamakan seperti jelmaan Ole Gunnar Solskjaer. Solskjaer dikenali sebagai seorang pemain ‘Super Sub’. Setiap kali dia di masukkan ke dalam padang pada saat-saat genting, keajaiban akan berlaku. Sama seperti Chicharito, dia boleh menjaringkan gol di saat United memerlukan jaringan.
Hernandez mempunyai satu kelebihan yang sangat diperlukan, ‘right time at the right place’. Bahagian tengah Arsenal sentiasa berfungsi dengan baik, selalu membuat hantaran tepat ke depan pintu gol. Cuma Arsenal tiada pemain yang mampu menyudahkan hantaran dengan baik.
Goal.com melaporkan, United bersedia menjual Chicharito jika mendapat tawaran yang baik dan dikhabarkan juga, Hernandez tidak gembira dengan keadaannya sekarang yang sering di letakkan di bangku simpanan.
Tapi itu ketika United di bawah Moyes.
Keadaan mungkin berubah jika United berjaya mendapatkan pengurus yang baru.
Arsenal perlu bersedia untuk memberikan tawaran yang terbaik jika ingin mendapatkan Chicharito. Paling penting, memberinya peluang bermain lebih kerap dalam kesebelasan utama.
Sumber: 7amkickoff.com , goal.com
April 29, 2014 @ 3:47 pm
Handshomnya dia
April 29, 2014 @ 5:41 pm
bagus dia ni, patut bagi main banyak kali..
April 30, 2014 @ 11:11 pm
moyes tak rasa dia cukup bagus. so selalu lah dipinggirkan
May 7, 2014 @ 10:05 am
moyes tak kenal pemain2 manu…hehe
May 7, 2014 @ 11:38 am
moyes tak kenal dan mungkin tak mendengar pendapat dan idea pemain
May 2, 2014 @ 2:51 am
chiharito bagus.. dulu masa alex ferguson ..time dia masuk jer.. mesti selalu dapat score..
May 5, 2014 @ 9:18 am
itu sebabnya dia dikatakan jelmaan Solskjaer. Super Sub Man Utd
May 7, 2014 @ 10:05 am
betul tu…”pandai cari tempat” …kat mana bola nak sampai..tadaaa..dia dah tunggu nak score..
May 7, 2014 @ 11:39 am
sebab tu banyak kelab nak dapatkan dia. dia sentiasa berada di tempat yang betul
November 4, 2014 @ 3:16 pm
Moyes belum mampu membuat united berjaya