Edwin Van De Sar : De Gea Pasti Akan Menjadi Terbaik
Bekas penjaga gol Manchester United, Edwin van De Sar berpendapat, penjaga gol muda Manchester United, David De Gea pasti akan menyerlah dan menjadi lebih baik pada musim depan.
David De Gea tiba ke Old Trafford dari Atletico Madrid pada Julai 2011. Persembahan hebatnya semasa di liga Sepanyol dan membantu Atletico menjadi juara UEFA Super Cup telah menarik minat pengurusan Manchester United.
Pada awal musim 2011/12, De Gea dilihat seperti tidak dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan bola sepak Inggeris. Banyak kesilapan mudah yang dilakukan. Prestasinya terumbang ambing. Posisinya sering bersilih ganti dengan penjaga gol kedua Manchester United, Anders Lindegaard.
De Gea dikritik hebat pada awal penampilannya bersama Manchester United. Dia juga dilabelkan oleh beberapa akhbar sebagai “liabiliti” dan pembelian kurang berbaloi di lakukan oleh pasukan pencari bakat United.
Menurut Van De Sar, dia juga pernah di kriktik pada awal penampilannya dulu. Dia juga sering melakukan kesilapan kecil semasa bermain bersama Ajax, Juventus dan juga ketika bermain bersama United. Ianya adalah perkara biasa. Apa yang penting ialah, bagaimana anda bermain kembali dengan lebih baik dan melupakan perkara yang telah berlaku.
Pada separuh kedua musim 2011/12, David De Gea telah kembali ke prestasi sebenarnya. Dia juga telah menjadi pilihan utama hampir semua perlawanan. Presatasi hebatnya itu telah turut membantu Manchester United mengejar pendahulu liga ketika itu, Manchester City.
Tambah Van De Sar lagi, munkin ramai yang mengharapkan De Gea akan dapat mengekori jejaknya di United. Itu sesuatu yang sukar. Ianya juga seperti yang dialami dirinya dahulu, sering dibandingkan dengan seorang lagi lagenda United, Peter Schmeichel. Apa yang penting ialah, De Gea terus bermain dengan baik dan mempamerkan kemampuannya yang sebenar serta tidak mempedulikan semua perbandingan itu.
Van De Sar yakin permainan De Gea akan bertambah baik lagi musim depan. Dengan bantuan jurulatih penjaga gol, Eric Steele dan bos United, Sir Alex Ferguson, tidak mustahil De Gea bakal menjadi seorang lagi penjaga gol yang hebat di Old Trafford.
May 24, 2012 @ 3:47 pm
mau ckp asal mmd kacak sangat geeeee
May 29, 2012 @ 11:54 am
eh..cakap pasal bola lah, bukan pasal De Gea tu kacak..
ni lah orang perempuan..
May 26, 2012 @ 5:06 pm
selamanya aku memang suka dengan Peter Schmeichel
aku suka tengok bila dia marahkan barisan pertahanan MU
memang terbaik
May 29, 2012 @ 11:58 am
memang dia terbaik. masa tu barisan pertahana MU pun mantap gak.
ada ‘kereta kebal’ muka bengis gila..Jaap Stam
May 26, 2012 @ 5:55 pm
Hope de gea leh jadi keeper legend utk man utd.. Lg pun de gea ni muda lagi
May 29, 2012 @ 12:00 pm
betul tu. masa depan dia cerah jika boleh setia dengan MU dalam tempoh masa yang lama
May 27, 2012 @ 1:49 am
terbaik derrr