EPL Musim 2012/13 : Arsenal
Barisan pemain Arsene Wenger berjaya menduduki tempat ke-3 musim lalu. Arsenal masih lagi buntu untuk mencapai sebarang kejuaraan.
Pemain yang dibawa masuk musim baru ini, Lukas Podolski (FC Köln), Olivier Giroud (Montpellier), Santi Cazorla (Malaga)
Pemain yang keluar, Manuel Almunia (Watford), Denilson (Sao Paulo, pinjaman), Carlos Vela (Real Sociedad)
Kapten mereka, Robin van Persie telah dinamakan sebagai Professional Footballers’ Association Player of the Year.
Musim baru ini, kapten mereka itu tidak menyambung kontrak untuk kekal di Emirates. Munkin dia sudah terlalu lama mengidamkan kejuaraan di peringkat kelab. Jika Van Persie kekal, dia akan bermain dengan gandingan serangan baru diantara Podolski, Giroud dan Cazorla.
Musim lalu, peminat Arsenal mengkritik pengurusan kelab kerana tidak agresif dalam pasaran perpindahan pemain. Musim ini pula, ada beberapa bahagian dalam pasukan yang tidak diperkuatkan dengan pemain baru.
Bahagian pertahanan dilihat paling lemah musim lalu tidak diperkuatkan musim ini. Dengan membawa masuk 3 pemain baru, ianya seperti tidak cukup untuk bersaing dengan kelab lain seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United.
Mampukah Arsenal mendapat sebarang piala musim ini?
August 22, 2012 @ 4:23 pm
My best wishes to the team ,my full support ,Keep going,interesting blog
Amit Sharma
Photographer