EPL Musim 2012/13 : Manchester United
Manchester United berada di tangga kedua liga musim lalu. Kalah kepada noisy neighbours mereka hanya kerana perbezaan jaringan.
Musim lalu agak malang buat anak buah Sir Alex Ferguson. Kerana tiada sebarang kejuaraan besar yang berjaya dibawa pulang ke Old Traffod.
Untuk musim baru ini, pemain baru yang telah dibawa masuk ialah Shinji Kagawa (Borussia DortMund), Nick Powell (Crewe Alexandra). Seperti biasa, Ferguson tidak akan berbelanja besar, dia akan menggunakan pemain-pemain muda dari akademi.
Pemain yang keluar, Park Ji-Sung (Queens Park Rangers), Fabio (Queens Park Rangers, pinjaman), Tomasz Kuszczak (Brighton), Ritchie De Laet (Leicester City), Paul Pogba (Juventus), Michael Owen (dilepaskan, belum ada kelab)
Selepas satu musim yang mengecewakan musim lalu, United dahagakan kejuaran musim ini.
Shinji Kagawa dilihat seperti sudah bersedia untuk mengemudi bahagian tengah United dengan lebih baik. Paul Scholes munkin boleh bersara sekali lagi. Nemaja Vidic juga dilaporkan telah bersedia untuk kembali dari kecederaan panjang.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada keputusan berkaitan Robin Van Persie akan menyertai Wayne Rooney di bahagian serangan The Red Devil.
Tetapi jika menjadi kenyataan, gandingan itu bakal menjadi satu gandingan yang hebat dan digeruni semua pasukan.