Fabio da Silva Akan ke Portugal
Sir Alex Ferguson telah mengesahkan pemain pertahanan Manchester United, Fabio da Silva, akan dipinjamkan ke Portugal pada musim depan. Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap permainan pemain tersebut.
Benfica telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu. Ferguson juga memberitahu dia juga turut menerima beberapa tawaran dari kelab lain.
Menurut Bos United itu, Fabio mampu untuk menjadi pemain yang baik dan menjadi aset jangka panjang buat United. Tetapi dia tidak cukup kuat seperti pasangan kembarnya, Rafael. Musim lalu Fabio turut berada dalam kesebelasan utama pasukan yang kalah kepada Barcelona semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Wembley.
Penampilanya dalam kesebelasan utama United semakin berkurangan. Penampilannya yang terakhir ialah dalam perlawanan menentang Wolves, menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua bulan lalu. Itu adalah penampilanya yang terbaru selepas kali terakhir pada November tahun lalu.
Menurut Ferguson, ianya menjadi satu saat yang sangat sukar kepada mana-mana pemain untuk menjadi pilihan kedua dalam pasukan di belakang Kapten United, Patrice Evra di posisi pertahanan kiri.