Fabregas : Ozil Menjadikan Arsenal Lebih Baik.
Seperi yang diketahui umum, terutamanya peminat dan penyokong Arsenal. Kehilangan kapten kesayangan mereka, Cesc Fabregas, yang menyertai Barcelona, memberi kesan kepada pasukan.
Selepas ketiadaan Fabregas, bahagian tengah Arsenal kelihatan kurang berkesan.
Ketiadaan Fabregas membuka ruang buat pemain muda untuk menunjukkan bakat mereka. Jack Wilshere antara pemain muda Arsenal yang paling menyerlah selepas ketiadaan Fabregas. Hingga ada pendapat mengatakan, dia adalah kapten England di masa depan.
Tetapi, ruang kosong yang ditinggalkan oleh Fabregas sejak 2011, masih belum dapat diisi sepenuhnya oleh Wilshere.
Untuk menutup ruang yang sudah ditinggalkan lama oleh Fabregas itu, Arsenal dengan pantas memancing Mesut Ozil dari Real Madrid.
Dalam satu temubual, Fabregas berpendapat, pembelian saat akhir oleh Arsenal itu adalah satu keputusan tepat. Ozil seorang pemain yang tidak boleh diberikan ruang yang banyak. Jika dia diberikan ruang, dia mampu mencipta gerakan gol.
“It’s a league with a lot of space and he is a player who can kill you when he has space. We have already seen it at Real Madrid. He has a brilliant final pass and I think he’s going to enjoy it in the Premier League.”
– Cesc Fabregas.
Kata-kata Fabregas itu ada benarnya.
Beberapa hari selepas pengumuman Ozil menyertai Arsenal, Cristiano Ronaldo menyatakan kekecewaanya. Menurut Ronaldo, Ozil seorang pemain yang bijak melakukan hantaran dan memahami corak permainan dirinya. Banyak jaringannya terhasil dari hantaran dan gerakan oleh Mesut Ozil.
Adakah Arsenal akan menamatkan badi tanpa kemenangan musim ini dengan kehadiran Mesut Ozil?.
Kongsikan pendapat anda.
September 10, 2013 @ 4:35 pm
mudah-mudahan..begitulah hendaknya kan..
September 12, 2013 @ 10:22 am
ramai fan arsenal yang mengharapkan dia mampu menjadi pemain utama pasukan.
mampu merubah dan buang badi arsenal
September 10, 2013 @ 4:48 pm
Ozil memang pembelian berbaloi
September 12, 2013 @ 10:23 am
kita tengok dulu boleh tak dia sesuaikan diri dengan liga inggeris
September 10, 2013 @ 4:55 pm
Ozil the oz eh silap the great.
September 12, 2013 @ 10:24 am
great ke tak..kita tunggu dia main minggu ni
September 12, 2013 @ 11:34 am
Betul tu…kita tengok great ke tidak dia main. Arsenal ni masalah dia english player pemalaih..opss
September 10, 2013 @ 5:59 pm
Hahahaha… Tak tahu pasal bola sangat… Tapi tau Ozil nie antara best player…
September 12, 2013 @ 10:25 am
memang dia best player. tapi tak ruang untuk dia kekal kat real madrid
September 14, 2013 @ 4:28 pm
boleh tahan die ni..
September 20, 2013 @ 11:24 am
king of assist
September 20, 2013 @ 2:48 pm
Sejak dia ada ni asyik menang je arsenal.. dulu klu game arsenal memang aku tak tengok la. tapi sebab ozil aku tengok.