Gol Cantik Kapten Rooney !

Minggu lepas adalah minggu yang terbaik buat Manchester United.
Selepas menang ke atas Olympiakos dalam kempen Liga Juara-Juara, semangat dan momentum kemenangan berterusan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila Man Utd berkunjung ke Upton Park.
Man Utd menang ke atas West Ham 2-0. Gol-gol dihasilkan oleh Wayne Rooney. Dalam perlawanan tersebut juga, kita dapat melihat gaya dan corak permainan Man Utd yang dulu. Kawalan bola yang menarik, gerakan yang tersusun serta bertahan dan melakukan serangan balas yang lebih berkesan.
Michael Carrick digandingkan dengan Phil Jones di posisi pertahanan tengah. Satu gandingan baru yang dicuba oleh David Moyes. Ianya memberikan kesan yang sangat baik. Fletcher yang jarang diturunkan, digandingkan dengan Fellaini mengawal bahagian tengah dengan baik. Ianya memberikan ruang kepada Juan Mata untuk membantu Rooney di bahagian serangan. Manakala Rooney telah diberikan lilitan kapten dalam pertemuan itu.
Yang menjadi perhatian ialah gol pertama Rooney. Gol yang cantik dan menarik serta bijak ! Satu sepakan menarik yang dilakukan oleh Rooney dari jarak 53 meter ke arah gol.

Gol itu adalah seperti ulangan jaringan yang pernah dihasilkan oleh David Beckham ketika Man Utd menentang Wimbledon pada tahun 1996. Yang lebih manis, David Beckham turut berada di Upton Park menyaksikan perlawanan itu.
“It’s just instinct. I turned and had a quick look. It’s one of those that I have tried many times in training … it’s not often they come off.”
– Wayne Rooney.
Menurut Moyes, sebenarnya Rooney sudah banyak kali mencuba jaringan seperti itu ketika latihan dan tidak pernah jadi, akhirnya dia berjaya melakukannya dalam pertemuan dengan West Ham ini.
“It was like David Beckham’s goal, or at least had similarities with it. Wayne tries it, that’s the thing. We’ve been having a laugh in the dressing room saying he’s tried that twenty times and it’s never worked! But it came off today and it was a brilliant goal.”
– David Moyes.
Semoga momentum kemenangan ini akan berterusan.
Rabu ini pertemuan setempat yang sangat dinantikan bakal berlaku. Apakah warna sebenar bandar Manchester? Merah atau biru laut.
Pertemuan Manchester United dan Manchester City mungkin tidak memberikan sebarang makna atau menjadi penentu kejuaran liga. Secara logiknya, Man Utd sudah tidak mampu untuk berada dalam top four liga inggeris. Tapi pertemuan rabu ini lebih kepada menjaga nama dan maruah pasukan.
March 25, 2014 @ 12:33 pm
Mmg cantik gol tu….hrp mng lwn city….yeahhhhh
March 27, 2014 @ 12:23 pm
nampaknya kita kecewa. momentum kemenangan hilang dan pudar
March 25, 2014 @ 12:54 pm
memang cantik la jaringan WR tu.. WR mmg terbaik!
March 27, 2014 @ 12:24 pm
kalau Rooney terus kekalkan dengan United. dia bakal jadi salah seorang legend kat United
March 25, 2014 @ 12:55 pm
muda giller beckham masa ni..
March 27, 2014 @ 12:24 pm
ini masa umur belasan tahun. jambu gile, itu sebab Spice Girl cair
March 25, 2014 @ 4:37 pm
waaaahhhh… separuh padang tu… mantap sepakannya!!
March 27, 2014 @ 12:25 pm
dia pun tak sangka dapat buat camtu
March 25, 2014 @ 11:58 pm
Gol terbaik epl musim ini?
March 27, 2014 @ 12:26 pm
mungkin antara yang terbaik setakat ini
March 27, 2014 @ 10:37 am
gol rooney mmg cantik…tp syg tahun ni byk injured dan performance rooney xkonsisten…
March 27, 2014 @ 12:26 pm
musim ni kurang konsisten, bukan Rooney je, hampir semua pemain United tidak konsisten
March 27, 2014 @ 3:23 pm
tapi gol beckham lagi cun bagi aku. sbb bola di bawah..
March 30, 2014 @ 1:15 am
ada yang kata gol Rooney lagi cantik sebab dia gelecek bola tu dulu kendian score. gol beckham dia tak rampas bola, dapat bola and terus try
March 30, 2014 @ 12:05 pm
Rooney Gelecek ?
March 31, 2014 @ 4:49 pm
maksud aku ‘gelecek’ itu, dia lepaskan diri dari sorang pemain then, baru dia shoot
March 28, 2014 @ 11:48 am
Tak sengaja kot gol rooney ni… tapi kalu gol beckham tu memang disengajakan
March 30, 2014 @ 1:16 am
Beckham masa main kat La Galaxy pun ada buat gol camni. Dia memang gifted bila situasi macam ni. Sepakan dan hantarannya sentiasa tepat