
Semua peminat bola sepak sedia maklum, Robin van Persie tidak menyambung kontraknya bersama Arsenal. Kelab mana yang bakal menjadi destinasi seterusnya masih lagi menjadi tanda tanya.
Manchester City, Manchester United dan Juventus antara kelab yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang prolifik Belanda.
Lupakan kegagalan paling teruk Belanda dalam kempen Euro 2012.
Manchester City munkin tidak memerlukan seorang lagi penyerang. Manakala Juventus munkin tidak mampu untuk membayar jumlah gaji yang dimahukan oleh Van Persie.
Jika Van Persie ke Eastland, dia bakal bermain secara penggiliran. Itu yang berlaku sekarang di Man City. Mahukah seorang penjaring terbanyak liga inggeris diturunkan secara penggiliran?
Jika dia menyertai Juventus pula. Sudah pasti lah dia bakal menjadi tumpuan. Kawalan ketat keatasnya oleh pemain pertahanan, bakal menyukarkan gerakan pemain itu.
Bekas bintang Man Utd, Gary Pallister dan bekas pertahanan Chelsea Danny Mills bersetuju jika Van Persie memilih Old Trafford sebagai tempat dia bermain seterusnya.
“Van Persie has proven he is top quality and I don’t think he would have any problem establishing a lethal partnership with Wayne Rooney. So if it’s for footballing reasons, then I think Manchester United would be the ideal place for him”. Gary Pallister
Jika Van Persie memilih Manchester United, sudah semestinya itu satu mimpi ngeri buat penyokong The Gunners.
Rasanya ramai penyokong The Gunners lebih rela melihat Van Persie ke Juventus berbanding mana-mana kelab Manchester itu.
OK, cuba kita bayangkan Van Persie memakai baju merah kotak-kotak (jersi baru Man Utd) di bahagian serangan United. Rooney menjadi gandingannya dan berada di belakang sedikit. Di kiri dan kanan munkin antara Nani, Ashley Young dan Antonio Valencia. Bahagian tengah munkin bintang baru United, Kagawa
Reputasi Rooney tidak perlu diceritakan lagi. Dia sentiasa mengejar bola dan sering mencipta peluang untuk pemain lain. Dengan Van Persie di bahagian depan. Sudah semestinya peluang yang dicipta bakal disudahkan dengan sempurna. Begitu juga dengan hantaran-hantaran lintang dari sayap kiri dan kanan.
Kemasukan Van Persie ke Manchester United bakal mencipta satu gandingan serangan berbisa musim depan dalam Liga Inggeris.
Tapi kita juga tidak boleh menafikan kelab-kelab lain yang munkin juga bakal menjadi pesaing tanpa diduga. Newcastle, QPR, Spurs munkin bakal menjadi pesaing baru di kedudukan teratas liga.



{ 4 comments… read them below or add one }
masuk ajelah ke MU persie oii..
titan recently posted..Berbuka puasa dengan Rojak Buah
dia takut kena booo dengan penyokong Arsenal
sebagai penyokong, aku menerima kehadiran dia ni ngan terbuka…tp lagi baik man u cari org yg lebih muda…dana man u bukan mcm city, x boleh slh beli pemain…papepun, mereka lg expert buat keputusan…
APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #53 – Buka Puasa
kalau MU beli van persie, banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. tapi kalau Van Persie nak merasai nikmat mengecapi kejuaran peringkat eropah, memang MU pilihan terbaik