John Barnes : Andre Villas-Boas Pilihan Yang Baik
Lagenda Liverpool, John Barnes merasakan bekas pengurus Chelsea yang dipecat sebelum ini, Andre Villas-Boas adalah calon yang dirasakan sesuai untuk menggantikan tempat Kenny Dalglish.
Kenny Dalglish telah dipecat oleh pengurusan Fenway Sports Group kerana tidak mencapai sasaran menduduki sekurang-kurang berada di dalam 5 pasukan terbaik liga. Liverpool berada di kedudukan ke-8 liga, seterusnya tidak melayakkan mereka untuk bersaing di dalam Liga Juara-Juara.
Menurut Barnes, semasa Andre Villas-Boas berada di Chelsea, dia telah berada di kelab yang betul untuk membawa namanya setanding dengan beberapa pengurus hebat kelab-kelab di eropah. Menurut Barnes, dia berada di kelab yang betul, cuma tidak pada masa yang sesuai.
John Barnes yang pernah membuat 407 kali penampilan bersama Liverpool berkata, Andre Villas-Boas adalah calon yang paling sesuai untuk berada ditempat itu kerana, dia mempunyai corak taktikal yang sangat baik.
Selain Andre Villas-Boas yang dikaitkan untuk meduduki kerusi panas di Anfield itu ialah beberapa nama pengurus eropah yang lain.
Menurut John Barnes, jika King Kenny diberikan tempoh masa yang lebih lama di Anfield, dia mampu mengubah The Reds.
Calon lain yang turut di fikirkan ialah Roberto Martinez (Wigan), Jurgen Klopp (Borussia Dortmund ) dan Didier Deschamps (Marseille’s)