Kejutan City Buat Moyes
Ramai yang memperkatakan kekalahan besar Manchester United kepada jiran mereka Manchester City. David Moyes sudah mula merasai bebanan dan cabaran besar yang akan dilalui selepas ini untuk menguruskan Manchester United.
Ternyata laluan Moyes untuk mengendalikan kelab sebesar Manchester United tidak seperti masa dia di Everton. Banyak harapan dan tekana yang bakal dieterimanya lagi.
Kekalahan ini mungkin memberi tamparan paling hebat kepada Moyes. Banyak yang perlu dilakukan dan merangka taktikal yang lebih baik dengan pemain terbaik yang sedia ada.
Moyes tidak menghadapi masalah dalam pemilihan pemain yang berkualiti. Kerana legasi yang ditinggalkan oleh Alex Ferguson masih ada. Kebanyakkan pemain yang ada sekarang adalah dipilih oleh Ferguson.
Ashley Young seperti tidak bermain pada tahap sebenarnya. Sepatutnya dia tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan. Begitu juga dengan Valencia yang kelihatan seperti kurang cergas. Dia lemah dalam membantu pertahanan pasukan. Gol pertama menunjukkan kelemahannya apabila tidak mengawal Kolarov dengan baik. Hasilnya, satu hantaran lintang yang tepat ke Aguero dan menghasilkan gol pembukaan.
United memang sudah lama mempunyai masalah di bahagian tengah selepas persaraan Paul Scholes. Cubaan menggandingkan Carrick dan Fellaini pada perlawan tersebut seperti tidak menjadi.
Sebaliknya, Yaya Toure dan Fernandinho mengawal bahagian tengah City dengan baik. Gandingan bahagian serangan Samir Nasri, Sergio Aguero dan pemain baru City musim ini, Alvaro Negredo, berjaya menghuru-harakan pertahanan United.
Ramai berpendapat, Kagawa sepatutnya diletakkan dalam kesebelasan utama berbanding Fellaini. Mungkin tekanan dalam perlawanan sebesar ini menjadikan Fellaini agak kekok dalam permainanya.
Selepas ini. Moyes perlu membuktikan dia adalah orang yang paling layak menggantikan Ferguson di United dengan memberikan kemenangan kepada pasukan. Dia perlu bijak menyerap segala tekanan yang ada di United. Fokus kepada pasukan, dan berikan yang terbaik.
September 24, 2013 @ 1:37 pm
fallinin tu aku tengok, asyik fail aje bila nak gelecek. pegang bola pun tak lepas. Aishh..
September 24, 2013 @ 4:31 pm
gemuruh main dalam game besar. sepatutnya dia tak perlu diturunkan dulu
September 24, 2013 @ 10:54 pm
#freekagawa hehe bahagian tengah man utd mmg xde fungsi aritu, dan juga defend sebab semua gol dari cross rasanya
September 25, 2013 @ 9:47 am
ada hasstag untuk Kagawa 🙂
memang bahagian tengah kurang berfungsi. yang nampak kesungguhan macam rooney sorang je