Kelly Cedera, Agger OK
Malang berganda buat Liverpool. Bukan saja perlu menerima kekalahan kepada musuh tradisi, Manchester United. Tapi perlu juga melupakan khidmat beberapa pemain mereka untuk sementara waktu.
Pertahanan Liverpool, Martin Kelly antara yang cedera teruk. Dia perlu melupakan terus musim ini kerana telah disahkan oleh pegawai perubatan pasukan, mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Kecederaan yang sama aku alami 3 tahun dulu.
Pemain antarabangsa England ini meninggalkan padang pada lewat perlawanan. Ketiadaannya diatas padang menyaksikan Liverpool bermain dengan 9 pemain selepas Jonjo Shelvey menerima kad merah di awal perlawanan.
“What I can say is it’s not the worst injury I’ve had, and for sure I’ll be fighting for my place next year when I’m back fitter and stronger.” Martin Kelly.
Untuk pulih dari kecederaan ini dan kembali ke prestasi sebelumnya memang memerlukan masa yang panjang. Michael Owen antara pemain yang pernah mengalami kecederaan ini. Dia bekerja keras untuk mengembalikan prestasinya, tetapi masih belum cukup baik.
Selain Kelly, Daniel Agger turut cedera dalam perlawanan tersebut. Tapi Brendan Rodgers perlu bersyukur kerana pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan ligamen, hanya sedikit lebam.
Agger diusung keluar selepas bertembung sesama sendiri dengan Glen Johnson dalam usaha menghalang larian Valencia.
Fabio Borini pula terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kerana bengkak dan lebam di pergelangan kaki kanan.
Dalam perlawanan penuh dengan kontrovesi itu, Liverpool tewas kepada Manchester United dengan keputusan penuh perlawanan 1-2.
September 25, 2012 @ 2:55 pm
Itulah dia penangan bola profesional. Kesungguhan pemain boleh dinilai dari post mortem… harap dipercepatkan sembuh agar lebih merancakkan liga…
September 28, 2012 @ 11:23 am
kalau dia sembuh pun nanti, dia masih perlu bersaing dengan pemain lain untuk dapat tempat dalam kesebelasan utama