Bekas pemain kebangsaan England, Real Madrid dan juga Liverpool, Michael Owen masih tidak pasti akan bermain di mana.
Penyerang berusia 32 tahun ini tidak disambung kontraknya oleh pengurusan Manchester United. Sejak 3 tahun lepas, dia tidak banyak memberi sumbangan kepada kelab akibat kecederaan yang berpanjangan.

Owen menyertai Manchester United dengan yurang perpindahan percuma dari Real Madrid Newcastle United pada tahun 2009.
Sejak menyertai United, dia banyak menghabiskan masa memanaskan bangku simpanan. Dia hanya berjaya menjaringkan 17 gol dalam 52 perlawanan sahaja.
Menurut Owen, dia sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab di Liga Inggeris.
“I’ve been in contact with quite a few teams and I expect to be donning a new shirt soon. It’s about picking the best club with the best manager and suiting me and my family,” Michael Owen.
Stoke City dan Everton menunjukkan minat untuk mendapatkan penyerang itu. Pengurus Stoke, Tony Pulis menyatakan berminat untuk mendapatkan Owen.
“I am a great admirer of his. It would be lovely to bring him in and I think he would be a very good signing, but it has to be right.” Tony Pulis.
Umum mengetahui ‘rahsia’ tujuan Alex Ferguson membawa masuk Owen hanyalah bersifatkan promosi dan komersial. Dengan memberikan bekas pemain England itu dengan jersi No. 7, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan jualan cenderahati kelab dan jersi No.7



{ 8 comments… read them below or add one }
aku suka tengok owen main
sayang kerana beliau cedera
tehr recently posted..Si Kecil Mencuri Telur
dia seorang pemain yang bagus masa zaman kemuncaknya, terutama masa dia dengan Liverpool dulu
rasanya dari Newcastle United pada tahun 2009 tu

Shahrul recently posted..Andres Iniesta, Pemain Terbaik Eropah 2012
terima kasih bagi tahu.
dah buat pembetulan kat atas. lupa lak, lepas dia tak dapat main kat real madrid dia ada main kat newcastle 4 musim.
kesian owen sekarang dah kuat lagi. Dulu pun hanya menjadi mangsa terjahan jer.
hatiputera recently posted..Blogger Pilihan Ogos 2012
dia ada kelab baru sekarang
transfer window dah tutup…tp masih senyap lg berita dia ni…jd penonton je la skang…
APAN recently posted..Video Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferrari
dah ada kelab baru sekarang, stoke amik dia, kalau tak, memang jadi penonton je lah macam kita.haha..
{ 1 trackback }