Keputusan Robin van Persie Kekal di Arsenal Akan Terjawap
Jawapan sama ada Arsenal dapat mengekalkan kapten mereka, Robin van Persie di Emirates akan terjawap dalam masa 4 hari selepas perlawanan terakhir musim ini. Kelab itu telah menerima permintaan Van Persie untuk berbincang mengenai masa depannya bersama The Gunners penghujung musim ini dan sebelum Euro 2012 bermula.
Menurut Arsene Wenger, semuanya akan diselesaikan sebelum Euro 2012 bermula. Ini bagi memberi peluang kepada pemain antarabangsa Belanda itu memberikan tumpuan dan fokus yang penuh semasa kejohanan eropah itu berlangsung.
Perlawanan terakhir Arsenal menentang West Bromwich Albion ialah pada 13 Mei. Pemain Belanda akan berkumpul di Switzerland pada 17 Mei. Ini bermakna, The Gunners hanya ada masa 4 hari sahaja untuk berbincang dengan pengurus Van Persie mengenai perjanjian terbaru pemain itu. Arsenal menawarkan sambungan kontrak selama 4 tahun dan gaji sebanyak £120,000 seminggu.
Menurut laporan Daily Mail UK, ada kemungkinan kapten Arsenal itu akan terus kekal di Emirates. Tetapi itu semua akan bergantung kepada tawaran yang akan diberikan Arsenal kepada Van Persie.