Lampard Keluar, Fabregas Masuk?

Frank Lampard akhirnya mengumumkan akan meninggalkan Chelsea musim ini. Kontrak pemain berusia 35 tahun ini tidak disambung, dan akan berakhir pada hujung bulan ini.
Selepas berpindah dari West Ham dan menyertai Chelsea pada tahun 2001, dia telah memenangi 11 kejuaran utama antaranya termasuk Juara Liga Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012. Dia telah membuat 649 penampilan bersama Chelsea.
“When I arrived at this fantastic club 13 years ago I would never have believed that I would be fortunate enough to play so many games and enjoy sharing in so much success.”
– Frank Lampard
Kelab mana yang akan disertainya selepas ini akan hanya terjawap selepas Piala Dunia 2014.
Pengurus Queens Park Rangers, Harry Redknapp antara yang berminat untuk mendapatkan khidmat Lampard.
“He’s worth his weight in gold just to be around the place,”
– Harry Redknapp.
Dilaporkan juga, kekosongan yang akan ditinggalkan Lampard nanti akan diisi oleh seorang pemain tengah yang hebat.
Chelsea bersedia menawarkan £30juta kepada Barcelona untuk membawa masuk Cesc Fabregas.

Fabregas telah dimaklumkan oleh pengurusan kelab The Catalan, dia boleh meninggalkan Nou Camp musim ini. Manakala kelab itu sedang berusaha untuk mendapatkan pemain muda berbakat Atlético Madrid, Koke.
Arsenal tidak berminat untuk mendapatkan semula bekas kapten mereka kerana mereka sudah mempunyai ramai pemain di bahagian tengah antaranya ialah Mesut Ozil, Santi Cazorla dan dijangkakan Aaron Ramsey dan Jack Wlishare akan menjadi pemain utama selepas ini. Mikel Arteta juga masih mempunyai baki kontrak setahun lagi dengan Arsenal.
June 4, 2014 @ 5:05 pm
Akhirnya Fabregas akan kembali ke kancah bola sepak EPL.
June 6, 2014 @ 10:31 am
Dia kurang dapat tempat dalam Barca
June 4, 2014 @ 9:31 pm
nasib la aku kaki bangku,kalau tak mesti dah kaya dah..
June 6, 2014 @ 10:32 am
kaya sebagai pemain atau kaya sebagai agen pemain.. 🙂
June 5, 2014 @ 7:03 pm
come2 to papa fabregas..hehe… meriah epl tahun depan..
June 6, 2014 @ 10:33 am
pasaran pemain akan lebih menarik selepas piala dunia
June 11, 2014 @ 11:58 am
Kemana la agaknya Lampard lepas ni..apa pun rasanya beliau akan menjadi tumpuan kelab besar yang lain..
June 18, 2014 @ 10:11 am
mungkin dia main dalam liga USA
November 4, 2014 @ 3:14 pm
SUdah usia 35 tahun sepertinya memang sudah agak-agak usia yang tinggi