Man Utd : Tangga Ke-12 Dari 6 Perlawanan?
1. Tangga ke-12 dari 6 perlawanan dengan 3 kalah, 2 menang dan 1 seri. Satu pencapaian buruk Manchester United bagi perlawanan pembukaan musim. Kali terakhir United berada di kedudukan 10 kebawah dalam 6 perlawanan awal ialah pada musim 1986/1987 dibawah pengurus Ron Atkinson.
2. Ramai yang berpendapat kelemahan bahagian tengah Manchester United yang menjadi penyebab kepada permulaan buruk United musim ini. Ruang yang ditinggalkan oleh Paul Scholes, masih belum boleh ditutup oleh mana-mana pemain.
3. Pemain paling senior di bahagian tengah selain Giggs ialah Michael Carrick. Musim lalu dia diantara pemain yang paling konsisten. Musim ini dia sudah menerima 3 kad kuning dari 6 perlawanan, berbeza dengan musim lepas, dia tidak menerima lebih dari 4 kad sepanjang musim. Carrick tidak berada di prestasi terbaiknya untuk permulaan musim ini.
4. Gandingan Michael Carrick dan Marouane Fellaini nampak tidak menjadi. Dalam pertemuan dengan Manchester City, jelas kelihatan bahagian tengah yang dijaga oleh mereka berdua tidak berfungsi dengan baik. Gandingan Carrick dan Tom Cleverly juga masih belum mencapai tahap memuaskan. Sesuatu perlu dilakukan segera di bahagian tengah United.
5. Moyes sepatutnya tidak mempunyai masalah memilih pemain di bahagian tengah. Shinji Kagawa, Adnan Januzaj dan Anderson berada dalam senarai menuggu untuk diturunkan. Setiap lawan yang berbeza perlu ada taktikal yang berbeza dan Moyes perlu menurukan pemain yang berbeza sesuai taktikal yang ingin dilakukan.
6. Bekas pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama. Sedangkan dalam perlawanan pra-musim dia antara pemain yang paling menyerlah.
7. Gandingan pertahanan tengah Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic juga dilihat semakin kurang mantap dan berkesan. Mungkin faktor usia. Musim lalu semasa Vidic berehat akibat kecederaan dan mengalami masalah kecergasan, tempatnya digantikan oleh Jonny Evans. Gandingan Evans dan Ferdinand membentuk satu pertahanan yang ampuh dan kuat. Dibantu oleh Phil Jones atau Smalling di bahagian kanan dan Evra di bahagian kiri.
8. Bukan senang untuk seorang pengurus duduk ditempat yang ditinggalkan oleh seorang pengurus terbaik sepanjang zaman, Sir Alex Ferguson. Tetapi apa yang ditinggalkan oleh Ferguson untuk Moyes ialah sebuah pasukan juara musim lalu. Pemain yang sama dan juga pegawai sokongan yang sama.
9. Adakah wajar untuk meletakkan semua kesalahan diatas bahu Moyes? Pemain juga harus bertanggungjawab. Semangat juang atau tidak mahu mengalah dalam diri pemain United nampaknya makin luntur. Pemain yang diberikan peluang bermain harus membuktikan mereka layak untuk berada dalam kesebelasan utama.
September 30, 2013 @ 2:45 pm
haha..tunggu dan lihat aje..
October 6, 2013 @ 4:32 pm
sampai bila mahu tunggu dan lihat?
September 30, 2013 @ 4:16 pm
Ramai peminat MU sudah merah padam.
October 6, 2013 @ 4:33 pm
ramai yang dah tak senang duduk
September 30, 2013 @ 5:21 pm
Mungkinkah pemain manchester united pakat main cincai untuk jadikan kenyataan moyes dipecat?
October 6, 2013 @ 4:33 pm
kenapa harus berpakat untuk menjatuhkan Moyes?
Moyes kan dipilih oleh Ferguson sendiri
September 30, 2013 @ 5:27 pm
Beri Moyes masa.. dulu Villa-Boas masuk Chelsea pun teruk, now dia dengan sentuhan terbaru dan tampak hebat di Spurs mampu memberi saingan.. Ape pun dulu, kini tetap The Blues 😀
October 6, 2013 @ 4:34 pm
betul tu. kena bagi masa. dulu ferguson masuk Man Utd tak terus berjaya
October 2, 2013 @ 11:36 pm
Saya tumpang bersimpati dengan nasib yang sedang dialami oleh MU pada ketika ini….. Biasanya MU antara pasukan terbaik Liga Perdana Enggeris… Tapi kemerosotan pencapaian pasukan MU kali ini sangat mengejutkan…. Semoga jurulatih MU dapat berbuat sesuatu untuk mengembalikan semula kecemerlangan pasukan ini….
October 6, 2013 @ 4:35 pm
bukan hanya pengurus dan jurulatih. tapi pemain juga perlu kembali ke prestasi asal