Man Utd Tidak Bergantung Kepada Robin van Persie
Ada sesetengah peminat bola sepak (bukan penyokong Manchester United) yang mengatakan kehadiran Robin van Persie ke dalam kelab Manchester United menjadi punca kepada kekuatan kelab itu musim ini.
Memang ada benarnya, kehadiran Van Persie memberikan impak yang positif kepada pasukan terutamanya di bahagian serangan.
Ada juga yang kata kalau tidak ada Van Persie, tidak adalah pemain yang mampu menghasilkan jaringan. OK ini fakta yang salah.
Selepas 25 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Robin van Persie hanya menjaringkan 19 gol daripada 68 gol (jumlah keseluruhan jaringan Man Utd) Ianya bersamaan lebih kurang 28%. Selebihnya jaringan itu dihasilkan oleh pemain Man Utd yang lain.
Wayne Rooney telah menjaringakn 12 gol, manakala Hernandez yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama musim ini, telah menjaringkan 8 gol. Pemain baru Man Utd dari jepun, Shinji Kagawa telah menjaringkan 5 gol setakat ini.
Jika dibandingkan dengan Liverpool, kelab itu benar-benar bergantung hanya kepada Luis Suarez untuk menghasilkan gol. Suarez telah menjaringkan 22 gol dari 56 jaringan Liverpool setakat ini. Ianya bersamaan 39.3 % jumlah jaringan Liverpool datangnya dari Suarez.
Melihatkan statistik itu, kita fahamlah kenapa penyokong The Reds mahu Suarez terus kekal di Anfield. Sukar untuk mencari pengganti Suarez.
Manakala di Tottenham Hotspur , 33.3% jumlah jaringan adalah sumbangan Gareth Bale. Bale setakat ini telah menjaringakn 17 gol diikuti oleh Jermain Defoe 10 gol.
Edin Dzeko telah menjaringakn 12 gol setakat ini untuk Manchester City. Ianya hanya 24% dari jumlah jaringan Man City.
Manakala di Arsenal pula, jumlah jaringan diantara pemain agak seimbang. Penjaring terbanyak Arsenal ketika dikongsi bersama Theo Walcott dan Santi Cazorla dengan 11 gol dari 53 jaringan Arsenal.
Bila dilihat dari statistik itu, jelas sekali Man Utd tidak bergantung hanya kepada Van Persie untuk mebuat jaringan. Liverpool ternyata jelas bergantung kepada Suarez untuk mencetak gol dimana hampir 39.3% jaringan Liverpool adalah sumbangan darinya.
March 12, 2013 @ 4:48 pm
Nampaknya, RVP bukanlah sorang2 yg cetak gol di Manu =)
Jheheehhe
March 12, 2013 @ 11:25 pm
betul tu. bukan RVP je. ramai pemain Man Utd yang mampu menjaringkan gol
April 24, 2013 @ 11:14 am
akhirnya RVP dpat ape yg dia cari….yes!
tahniah manu juara EPL!
March 12, 2013 @ 5:10 pm
nampak gaya melepaslah RVP untuk top scorer musim ini heheh
March 12, 2013 @ 11:26 pm
betul tu. tapi harus diingat RVP masuk Man Utd bukan nak kejar title individu, dia nak rasa pegang piala
April 24, 2013 @ 11:15 am
dia dah dapat piala dah…siap score hatrik lagi..mmg bakal menjadi lejen kat manu =)
March 12, 2013 @ 5:34 pm
tp van persie ni power kot..huhu
March 12, 2013 @ 11:27 pm
memang super power. semua peluang yang ada akan disudahkan dengan baik
March 12, 2013 @ 6:10 pm
hoho..takdehal. takde dia pun takpe..
gua masih ada apa..
March 12, 2013 @ 11:29 pm
dia ada untuk menguatkan lagi jentera serangan Man Utd yang dah memang kuat. so tambah kuat lagi lah
March 13, 2013 @ 3:19 pm
salam MU tetap di hati jeee.ada degar2 tpi bau dek jer.. adatlah tu huhu…
April 9, 2013 @ 9:42 am
minat bola gak eh suri ni 🙂
March 14, 2013 @ 4:12 am
kalau dia tambah gol lagi bagus juga… fantacy football aku tambah poin banyak…
April 9, 2013 @ 9:42 am
fantasy footbal aku asik terlepas update je..last-last malas terus nak update
March 14, 2013 @ 7:30 am
Van persei memang dah jadi icon MU
April 9, 2013 @ 9:43 am
icon terbaru dalam Man Utd
March 16, 2013 @ 11:39 pm
setuju
man utd ada ramai pemain yang boleh menjaringkan gol
giggs juga masih berbisa
April 9, 2013 @ 9:43 am
Giggs masih stedi lagi..tapi dia sekarang lebih banyak asssits berbanding score
March 20, 2013 @ 4:32 pm
haha…ingt ke nak mengutuk man u entri ni td…nak buat cane. team da kuat, pastu masuk la pemain power…makin kuat dan power la…
April 9, 2013 @ 9:44 am
kelebihan Man Utd itu lah. tak semuanya star, tapi semuanya berkualiti
December 14, 2013 @ 10:19 pm
Memang MU tidak bergantung pada jumlah jaringan RVP. Tapi pada pendapat peribadi aku, hmpir semua gol RVP adalh gol penting yg mne mnjadi pemisah kmenangn atw tidak. Liverpool pula trlalu brgntung pd gol suarez tp suarez jringkn byk gol yg mane lebih dri yg perlu
December 15, 2013 @ 1:01 am
apa-apa pun kedua-duanya adalah penyerang hebat. tidak boleh dibiarkan bebas dalam kotak penalti