Manchester City Dan Nike

Manchester City dan Nike

Manchester City bakal menggunakan barangan jenama Nike untuk musim 2013 – 2014. Nike dan Manchester City telah menandatangani perjanjian selama 6 tahun. Perjanjian itu termasuk penggunaan hak nama stadium dan ifrastruktur stadium Etihad.

Berita Bloomberg melaporkan, Umbro yang sebelum ini menjadi penaja kelengkapan untuk Manchester City adalah subsidiari Nike Inc. Penukaran jenama kelengkapan sukan ini dilihat tidak akan menimbulkan masalah antara kelab dan Umbro.

Menurut John MacBeath, Ketua Eksekutif Manchester City, perjanjian itu adalah sebahagian daripada evolusi Manchester City untuk mengukuhkan jenamanya di peringkat global. Ianya juga dilihat satu cara terbaik untuk keluar dari bayang-bayang jiran terdekat mereka, Manchester United.

Gary Cook, bekas ketua eksekutif Manchester City, pernah bekerja di Nike Inc sebelum menyertai kelab itu. Sejak di beli oleh Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan pada tahun 2008, dia telah membelanjakan hampir USD 1 bilion untuk membawa kelab itu sehingga apa yang dicapai sekarang.

Pelaburan besar dari keluarga Di Raja Abu Dhabi itu telah menarik minat beberapa nama besar untuk bermain di Etihad. Antaranya ialah David Silva, Samir Nasri, Sergio Aguero, Emanuel Adebayour dan paling diingati ialah mereka berjaya mendapatkan pemain hebat jiran mereka Carlos Tevez. Kehadiran Carloz Tevez ke Etihad telah diberikan promosi besar-besaran oleh Manchester City.

  • Baca : Tak Tahu Berenang ? Jom Belajar..!
  • Baca : Nak Tahu Rahsia Lulus Interview Kerja Kerajaan..?
  • Kerugian yang dialami Manchester City pada musim lepas USD 312 juta, adalah yang terbesar dalam sejarah bola sepak Inggeris.

    Kali terakhir Manchester City menang piala liga ialah pada tahun 1968, kini mereka berpeluang untuk menjuarai liga selepas 43 tahun apabila sedang berada di atas liga dengan perbezaan 8 mata dari jiran terdekat mereka Manchester United.

    ►►Rahsia Menambat Nafsu Isteri◄◄

    Trackbacks

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge