Manchester City Mohon Maaf Kepada Sir Alex Ferguson
Juara baru Liga Inggeris, Manchester City mengeluarkan kenyataan maaf kepada Sir Alex Ferguson, penyokong Manchester United dan semua pihak di atas perbuatan pemain mereka, Carlos Tevez.
Penyerang Manchester City itu, yang disisihkan sebelum ini untuk beberapa perlawanan, memegang poster tertulis ‘RIP Fergie’ semasa sambutan kemenangan kelab itu di bandar Manchester.
Menurut jurucakap Manchester City, poster itu diberikan oleh seorang penyokong mereka dan bukannya dibuat sendiri oleh bekas pemain Manchester United itu. Carlos Tevez juga mempunyai masalah memahami bahasa Inggeris, munkin dia tidak memahami maksud sebenar ‘RIP’ itu.
Poster ditujukan kepada Sir Alex Ferguson sebagai jawapan balas kenyataannya sebelum ini. Sir Alex Ferguson sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Manchester City tidak akan dapat memenangi sebarang piala sepanjang hidup mereka.
May 16, 2012 @ 4:59 pm
biasalah Tevez si budak nakal….
Papepun tahniah buat man city
May 17, 2012 @ 11:38 pm
nakal tapi hebat di padang itu tak pa. tapi jangan macam balotelli, bukan nakal je, bahkan kurang ajar