
Bintang baru Chelsea yang bakal bersinar, Marko Marin perlu menunggu sedikit masa lagi untuk menjadi satu nama yang akan sentiasa melekat di hati penyokong Chelsea.
Penyerang berusia 23 tahun ini yang berpindah dari Werder Bremen ke Stamford Bridge percaya dia masih belum lagi sampai ke kemuncak prestasinya.
“I hope I didn’t reach it [his peak] yet because I am still young and I hope I will improve and show my best at Chelsea. If you play and train every day with players of such quality, then if you want to improve you surely can.” Marko Marin.
Berikan dia sedikit masa dan ruang untuk bermain bersama beberapa bintang Chelsea lain, munkin boleh menjadikan dia sebagai ‘key player’ Chelsea di masa depan.
Sebenarnya Chelsea sudah memiliki ramai pemain tengah. Lambakan pemain tengah ini bakal menguji pengurus yang baru dinaikkan pangkatnya, Roberto Di Matteo pening kepala memikirkan pemain yang sesuai untuk di bawa dalam satu perlawanan.
Berdasarkan perkembangan semasa Chelsea, sebenarnya mereka sudah memiliki 14 orang pemain tengah.
Senarai pemain tengah Chelsea termasuk beberapa pemain baru, Michael Essien, Oriol Romeu, Ramires, Frank Lampard, Juan Mata, John Obi Mikel, Kevin de Bruyne, Florent Malouda, Raul Meireles, Eden Hazard, Josh McEachran, Marko Marin, Yossi Benayoun, dan Lucas Piazon.
14 pemain bersaing untuk merebut 4 tempat dalam kesebelasan utama?
Atau munkin Di Matteo ingin menggunakan formula Sepanyol dengan menurunkan 6 pemain tengah tanpa penyerang?
Jika Malouda dan Benayoun meninggalkan Chelsea, masih ada lagi 12 pemain tengah Chelsea, ini belum ditambah lagi dengan khabar angin Chelsea sedang berusaha membawa masuk Oscar dari Internacional dan Willian dari Shakhtar Donetsk.
Peluang Marin untuk bermain dalam kesebelasan utama ada, jika Di Matteo mengenepikan beberapa pemain senior seperti Lampard, Malouda dan Benayoun untuk membina pasukan yang dibarisi pemain muda purata umur dibawah 30 tahun.



{ 0 comments… add one now }