Mikel Arteta Cedera Buku Lali

April 17, 2012

in Bola Inggeris

arsenal
Pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan mengalami kecederaan serius di buku lali semasa perlawanan menentang Wigan. Dalam perlawanan tersebut Arsenal telah tewas 1-2 kepada Wigan.

Wigan meneruskan rentak kecemerlangan selepas menewaskan Manchester United minggu lalu.

Menurut pengurus Arsenal, Arsene Wenger, kecederaan yang dialami oleh Arteta bukan kecederaan biasa. Ianya serius. Imbasan akan dilakukan ke buku lalinya dan dalam masa terdekat akan dapat mengenal pasti tahap kecderaan pemain itu. Kecederaannya itu munkin akan membuatkan Arteta berehat hingga ke penghujung musim ini.

Wenger memberitahu, salah satu punca kekalahan kepada Wigan ialah kecederaan yang di alami Arteta itu.

Mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain diatas padang selepas Arteta keluar. Pada masa itu, pemain gantian, Aaron Ramsey belum bersedia untuk dimasukkan, kerana tiada dalam rancangan permainan untuk membawanya masuk di separuh masa pertama. Kecederaan yang dialami Arteta juga tidak dijangka kerana ianya terlalu awal.

Pengurus Wigan, Roberto Martinez berpuas hati dengan keputusan perlawanan tersebut. Ianya membawa Wigan keluar dari zon penyingkiran. Katanya lagi, dalam baki perlawanan yang tinggal ini mereka bertemu dengan beberapa pasukan-pasukan yang kuat Chelsea, Manchester United dan Arsenal. Sudah semestinya kemenangan keatas pasukan-pasukan ini memberikan moral yang baik untuk keseluruhan pasukan.

Kekalahan Arsenal ini akan memberi peluang kepada Tottenham Hotspur untuk mengejar mata bagi memburu tempat ketiga dalam liga.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: